Latest Movie :
Buku Terkini

Rahsia Menjadi Seorang Bintang






HARGA   :  RM 11.00
Penerbit  :  Best Seller Publication
Penulis    : Omar Baki b. Abd. Jalil
M/S          : 


Elemen kejadian alam, seperti pertumbuhan pokok, keharuman sekuntum bunga, kejadian rama-rama dan kisah seperti arnab dan kura-kura, Singapura dilanggar todak, adalah antara perkara yang saling kait-mengait dalam kita menjalani kehidupan seharian.

Inti pati RAHSIA MENJADI SEORANG BINTANG INI, digarap menjadi satu medan motivasi dan ilmu yang sesuai untuk golongan remaja masa kini.

Kestabilan, kesejajaran ilmu dunia dan akhirat merupakan formula untuk melahirkan insan yang cemerlang dan dapat memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, negara serta agama khususnya.

Proses ini seharusnya terlaksana ataupun dilaksanakan ketika anak-anak masih kecil, sejajar dengan pepatah melayu, ‘ melentur buluh biar dari rebungnya’.

Buku ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 12 – 15 tahun.

Juga sesuai dijadikan hadiah ataupun buah tangan daripada ibu bapa buat anak-anak bagi menerapkan budaya membaca di kalangan anak-anak mereka.


 



Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini.  
 
 
{[['']]}

Ya Allah, Aku Insafi Diriku

      RM 11.90



HARGA : RM 11.90
Penerbit : Best Seller Publication
Penulis   : Normarini Yaacob
M/S        : 


Ya Allah, Aku Insafi Diriku, mengisahkan perjalanan hidup kita. Dari mula lahirnya ke dunia ini, kita telah diperdengarkan dengan laungan azan dan iqamat. Itulah alunan merdu yang pertama sekali kita dengar dan menandakan telah lahirnya seorang lagi umat Muhammad yang akan memperjuangkan dan menyebarkan syiar Islam.

Ketika itu, kita diibaratkan sehelai kain putih yang suci dan belum diwarnakan.  Apabila usia kita menginjak ke alam akil baligh, remaja, dewasa dan tua…. kita mula mencorakkan warna di atasnya. Kala itu, menjadi tanggungjawab kita untuk memilih warna, corak dan lakarannya. Ada ketikanya, kita terkhilaf, berbagai warna, corak dan lakaran yang terpalit, sama ada kita sedar atau tanpa disedari menghiasi kain putih yang asalnya putih dan bersih itu.


Buku ini mengajak kita menginsafi diri dan membersihkan segala kekotoran rohani dan jasmani yang kita lakukan. Moga buku ini dapat melahirkan insan yang berjiwa bersih dan memperjuangkan syariat Islam yang sebenarnya dalam kehidupan seharian.


Semoga keharuman dan keindahan Islam akan sentiasa mewangi, mekar dan subur di hati sehinggalah Allah menjemput kita menemuiNya dalam keadaan yang demikian.
 



Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini.  

{[['']]}

Ibu Dikaulah Yang Paling Hebat

      RM 10.90



HARGA    : RM 10.90
Penerbit    : Best Seller Publication
Penulis      : Normarini Yaacob
M/S           : 


Mengisahkan pengorbanan seorang ibu sewaktu mengandung, melahirkan dan membesarkan zuriatnya. Ibu merupakan seorang guru, ustazah, pakar motivasi, teman, kawan, sahabat buat anak-anaknya.

Sentuhan dan belaian kasih sayangnya menghilangkan segala kegusaran, kegelisahan, kesedihan dan kelemahan anak-anaknya. Kelembutan suaranya juga mampu mencairkan kedegilan seorang anak.


Tanpa ibu, tidak akan lahir para pemimpin, golongan professional, cendiakiawan dan ilmuwan yang cemerlang serta hebat di persada dunia dan berlandaskan syariat Islam. Ibu adalah pelengkap kepada sebuah potret kejayaan, baik di dunia mahupun akhirat.


Ternyata, tiada apa di dunia ini yang dapat menandingi kehebatan seorang ibu. Kasihnya adalah kasih yang paling suci. Kesabarannya adalah yang paling hebat. Keadilan kasih sayangnya tiada tara. Kejarlah cinta dan kasih ibu sekarang, sebelum kerandanya di usung ke persemadian terakhir.





Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini.  
 
{[['']]}

Meneguk Cinta Di Bumi Barakah

      RM 19.00



HARGA : RM 19.00
Penerbit : Best Seller Publication
Penulis   : Hj. Mohd Zaman b. Azad Khan
M/S        : 

Pemergian Mazri dan isterinya tercinta ke tanah suci Mekah telah memberi peluang kepada mereka untuk menyucikan diri yang selama ini terkadang alpa dengan keindahan duniawi yang hanya bersifat sementara.

Pelbagai kenangan manis mahupun pahit serta cubaan yang diturunkan ke atas mereka sewaktu mengerjakan ibadah haji.

Hayatilah kisah pengalaman Mazri dan isterinya serta jemaah haji yang lain dalam mengejar cinta suci yang abadi kepada penciptaNya.



Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini.  


{[['']]}

Dagangan Dan Cintanya Dibeli Allah

      RM 15.00


HARGA       : RM 15.00
Penerbit       : Best Seller Publication
Penulis         : C.N Al-Afghani
Muka Surat :  


Kehadiran As-Syahid Fauzi Ismail ke Afghanistan pada tahun 1988 boleh dianggap sebagai menunaikan kewajipan seluruh umat Islam di Malaysia. Sewajarnya umat Islam tanahair menghargai pengorbanannya yang syahid pada 28 Julai 1989. Malangnya, atas kelesuan umat Islam hari ini tiada usaha untuk mengenang perjuangan As-Syahid. Perjuangan beliau sebelum ini dan semasa berada di bumi Afghanistan amat menarik sekali, penuh dengan suka dukanya. 

Oleh itu, anda yang berjiwa mujahid dan mujahidah Islam terutama para pemuda dan pemudi Islam, memadailah sekadar memiliki buku ini, sebagai mengenang dan menghayati perjuangan As-Syahid. Semoga ianya memberi satu pengajaran yang penuh bermakna dan berguna kepada anda dan generasi anda seterusnya.
 






{[['']]}

Nikmatnya Melayari Bahtera Pertama

      RM 20.00



HARGA : RM 20.00
Penerbit : Best Seller Publication
Penulis : Mazlan b. Yahya
Muka Surat :


Buku ini panduan bg pasangan yang telah berumah tangga dan akan bernikah. Buku ini memberi panduan serta tanggungjwab seorang suami dan isteri terhadap pasangan masing2 serta anak. Juga mengandungi panduan cara hidup berumah tangga Nabi Muhammad SAW serta menyediakan tip-tips yang berguna bagi pasangan berumah tangga dan akan bernikah untuk mendapatkan kebahagiaan yang diredhai Allah. 







Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini.  

{[['']]}

Dahsyatnya Aura Ibu Ayah

      RM 15.00




HARGA : RM 15.00
Penerbit : Best Seller Publication
Penulis   : Shamsinar G. Ali
M/S        :

Hadis Rasulullah SAW bermaksud "Setiap anak dilahirkan atas fitrah, Maka ibu bapalah yang mencorakkan sama ada menjadikan Yahudi, Nasrani atau Majusi".Anak adalah permata hati bagi ibu dan ayah. Anak yang baru lahir diibaratkan sehelai kain putih yang berih tanpa noda dan dosa. Terpulang kepada ibu bapanya untuk mencorakkannya.

Ibu bapa adalah 'madrasah pertama' yang paling besar pengaruhnya pada jiwa anak-anak. Ibu bapa yang cemerlang akhlaknya, akademiknya dan mulia keperibadiannya, adalah contoh yang teraik untuk anak-anak menjadi mukmin dan mukminah yang berjaya di dunia dan akhirat.

"AURA IBU DAN AYAH, AMAT DAHSYAT PANCARANNYA DALAM MEMBENTUK KEIMANAN, KETAKWAAN, KEJAYAAN DAN KEPERIBADIAN ANAK-ANAK"

Buku ini mestilah dimiliki dan dibaca oleh ibu bapa dan anak-anak yang ingin mencari ketenangan, kebahagiaan dan redha Allah dalam kehidupan di dunia dan akhirat.




Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini.  
{[['']]}

Superhero Yang Soleh


Berjayakah Azril membantu sahabat baiknya itu? Bagaimana Azril berjaya mengalahkan kanak-kanak nakal di sekolahnya? Apakah sikap berani Azril yang harus dicontohi? Hayati kisah “Superhero Yang Soleh” untuk diteladani dalam kehidupan harian supaya mendapat keredhaan Allah S.W.T.



HARGA (SEM. MALAYSIA : RM 10.00, SABAH/SARAWAK : RM 13.00)
Penerbit : Best Seller Publication
Penulis : Norani Abdul Hamid
Muka Surat :

{[['']]}

Destinasi Syurga


Buku “Destinasi Syurga” ini harus DIMILIKI kerana mempunyai pelbagai tips dan panduan yang amat berguna dalam memperolehi kebahagiaan dan meraih cinta sejati di dunia dan akhirat. Bahan bacaan adalah sesuai untuk semua peringkat usia.



Harga : RM 18.00 (S/M), RM 21.00 (S/S)
Penerbit : Best Seller Publication
Penulis : Normarini Yaacob
Muka Surat :
{[['']]}

Air Mata Ibu


Sejak kebelakangan ini, isu anak menderhaka terhadap ibu telah menjadi masalah kronik. Anak-anak tidak lagi ada perasaan kasih dan sayang terhadap ibu. Taraf ibu diletakkan ke tahap yang paling rendah. Emosi mengatasi akal. Walaupun anak-anak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, namun tahap keimanan dan takwa cukup rendah hingga berlakunya keadaan ini.

Ingatlah, doa seorang ibu amat dahsyat dan mempenaruhi kehidupan anak-anak baik di dunia mahupun akhirat. Marilah kita sama-sama merebut doa yang baik dari ibu, bukan doa yang menhancurkan kita.

Buat anak-anak yang menderhaka, bertaubatlah dan pohonlah keredhaan dari ibu sebelum Allah menutup peluang itu. Sesungguhnya, setitis air mata ibu yang mengalir, akan mengundang kemurkaan Allah kepada kita.


HARGA (SEM. MALAYSIA : RM 14.00, SABAH/SARAWAK : RM 17.00)
Penerbit : Best Seller Publication
Penulis : 
Muka Surat :

{[['']]}

Monolog Cinta Keinsafan


Hana dan Hani adalah sepasang kembar yang terpisah setelah kematian ibu bapa mereka akibat tragedi berdarah. Hana dibela oleh Mak Tam, jirannya di kampung manakala Hani dijaga oleh Auntie Zai, adik ayah mereka. Hana diasuh dan dididik dengan didikan Islam secara sederhana.

Berbeza dengan Hani yang dibesarkan oleh Auntie Zai di United Kingdom dengan cara hidup bebas dan sosial yang jelas bercanggah dengan fitrah kehidupan Islam sebenar. Kini, setelah 15 tahun, mereka bertemu kembali dan melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka gembira dengan pertemuan ini.

Hani cukup tertarik dengan cara hidup Hana hingga Hani menemui cinta sejati, iaitu cinta terhadap Allah SWT. Dalam perjalanan mencari Tuhannya, Hani telah mendapat tentangan hebat daripada Auntie Zai.

Untuk mengetahui cerita penuh persoalan, dramatik dan mendebarkan ini, para pembaca diajak untuk berkongsi pengalaman untuk menghayati novel Islamik ini.

 
HARGA (SEM. MALAYSIA : RM 14.50, SABAH/SARAWAK : RM 17.50)
Penerbit : Best Seller Publication
Penulis : Norani Abd Hamid
Muka Surat :

{[['']]}

Hadi Bertarung Dengan Jin


Hadi, pelajar tahun akhir jurusan Bio-Marin, juga seorang anak pengamal ilmu meta zik, membuat kajian di sebuah perkampungan nelayan. Ketika keluar membuat kajian, Hadi telah hanyut dan terdampar di sebuah pulau yang sepi dan diselubungi seribu misteri.

Pertemuannya dengan seorang gadis jelita, Khamisah di pulau itu telah membawa Hadi ke dimensi bunian. Di sana, Raja Bunian telah meminta pertolongan Hadi untuk menewaskan jin-jin yang mengganas di Pulau Semberani, pulau tempat Hadi terdampar.Persoalannya, mampukah Hadi menentang jin-jin tersebut yang diketuai oleh Jin Bertiga.

Mampukah Hadi menggunakan kuasa meta ziknya menewaskan jin-jin itu?

HARGA : (SEM. MALAYSIA : RM 15.00, SABAH/SARAWAK : RM 18.00)
Penerbit : Best Seller Publication
Penulis : Shamsinar G. Ali
Muka Surat :


{[['']]}

Nur Di Sebalik Kabus


Nadia, pelajar sekolah menengah agama yang akan menduduki peperiksaan STU dan bercita-cita  menjadi seorang ustazah. Dia melalui kehidupan sebagai remaja yang dididik mencintai ilmu agama dan mempraktikkanya dalam kehidupan seharian. Dalam masa yang sama, dia menghadapi konflik keluarga, di mana ibu dan ayahnya tidak sehaluan yang membuatkan pembelajarannya terganggu.

Lamaran dari seorang ustaz, membuatkan Nadia berada di persimpangan dilema. Haruskah dia menerima lamaran tersebut, demi bertautnya kembali kasih ibu dan ayahnya? Atau menolak, demi menggapai cita-citanya dalam mendidik anak bangsa menegakkan syiar Islam dan memartabatkannya di mata dunia.     
 
HARGA (SEM. MALAYSIA : RM 12.90, SABAH/SARAWAK : RM 15.90)
Penerbit : Best Seller Publication
Penulis : Jamalludin Othman
Muka Surat :

{[['']]}

Ya Allah, Lindungilah Amin


Ya Allah, Lindungi Amin merupakan sebuah kisah hidup seorang kanak-kanak yang menjadikan ajaran Islam sebagai landasan hidupnya.

Sikap yang sentiasa mentaati ibunya telah menyelamatkan dia dalam satu kemalangan.  Sesungguhnya Allah mencintai hambaNya yang berhati mulia.
 
HARGA (SEM. MALAYSIA : RM 5.90, SABAH/SARAWAK : RM 8.90)
Penerbit : Best Seller Publication
Penulis : Normarini Yaacob
Muka Surat :

{[['']]}

Travelog Tangisan & Titisan Darah Di Bawah Langit Kashmir

Lihatlah darah merah yang membasahi bumi Kashmir. Dengarlah di sana ada jeritan yang menagih pertolongan kita.

Cukupkah sekadar berbicara, berbincang, mengusulkan di dalam perhimpunan, muktamar, pidato, forum, diskusi, mesyuarat dan sebagainya.

Sedangkan gadis Islam yang di tangan musuh meronta-ronta semata-mata ingin menyelamatkan maruahnya dari kegilaan nafsu buas musuh.

Apakah kita tidak mahu bersama menghidu wangian firdaus bersama syuhada Kashmir?


HARGA (SEM. MALAYSIA : RM 17.00, SABAH/SARAWAK : RM 20.00)

Penerbit : Best Seller Publication
Penulis :
Muka Surat :
{[['']]}
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger