Latest Movie :
Buku Terkini

Kenapa Aku?






Harga     : RM 19.90
Penulis   : Nuroll Shazlinda Hairul
Tebal      : 544 m/s
ISBN     : 978-967-0342-78-8
Terbitan : Buku Prima


Sinopsis
Perkenalan Nia Darlina dengan tiga orang jejaka membuatkan hidupnya tidak tentu arah. Nia Darlina jadi bingung. Tidak tahu antara Zulhelmi, Azfar dan Shahrul, siapa pilihan hatinya. Kehadiran bapa tirinya, Haikkal dalam keluarga Nia Darlina mengundang rasa kecewa. Haikkal merupakan kawan baik papanya dan berkahwin pula dengan mamanya, Puan Hazrina setelah kematian Encik Daniel Hakim. Ini amat merumitkan Nia Darlina. Dengan tidak diduga, Haikkal pula mengambil kesempatan ke atas Nia Darlina tanpa pengetahuan Puan Hazrina. Apakah kesudahan hidup Nia Darlina? Mampukah Nia Darlina mengharungi badai yang menimpa ataupun terpaksa menyerah pada takdir?


Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini.  



 
{[['']]}

Sayonara Cinta






Harga     : RM 25.90
Penulis   : Rosa Nur Imani
Tebal      : 652 m/s
ISBN     : 978-967-0342-77-1
Terbitan : Buku Prima


Sinopsis
Kadangkala musibah hadir dalam sebuah takdir yang tak mampu ditolak. Begitulah dengan takdir yang membelit diri Tengku Ezra. Dia memiliki pakej yang cukup sempurna sebagai seorang gadis rupawan. Namun, di sebalik kecantikan paras rupanya, tiada siapa menduga bahawa dia sebenarnya bekas pesakit mental yang terpaksa bergantung kepada bekalan ubat-ubatan untuk kekal waras. Penyakitnya yang pelik itu membuatkan dia lebih suka mengasingkan diri daripada orang ramai. Kehadiran jejaka kacak, Megat Adam Haikal akhirnya menyapa kesunyian hatinya.Namun, bahagia bagaikan terlalu sukar digapai. Tengku Sufi an tiba-tiba muncul dan mahu memilikinya semula. Haruskah Tengku Ezra kembali semula ke pangkuan suaminya yang tidak pernah dicintai? Sedangkan di hatinya tetap abadi dengan cinta Megat Adam Haikal?


Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini.  


 
{[['']]}
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger