Latest Movie :
Buku Terkini

Tuhan Lebih Saintifik



Harga     : RM 16.00
Penulis   : Fatima Syarha & Dr. Farhan Hadi
ISBN     : 978-983-097-438-5
Terbitan  : Galeri Ilmu


Sinopsis

Dr. Donald menolak agama secara total dan menganggap Sains adalah segala-galanya, Ustaz Hanafi pula menolak Sains secara total dan menganggap segala kemajuan Sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa ke neraka, termasuklah kemajuan bidang perubatan. Pertembungan pemikiran pensyarah ateis, ustaz tradisional dan seorang doktor pakar Islam pasti akan menyajikan kisah-kisah dan perdebatan yang menarik untuk dihidangkan kepada pembaca.
{[['']]}

Konstantinopel Kibaran Panji-Panji Al-Fateh




Harga     : RM 29.00
Penulis   : Web Sutera
Tebal      : 896 m/s
 ISBN     : 978-983-097-417-0
Terbitan  : Galeri Ilmu


Sinopsis

Novel sejarah bertemakan tempat ini sarat dengan fakta tetapi diadun dengan beberapa watak fiksyen. Jika novel sejarah pertama beliau Macedonia menceritakan tokoh Raja Zulqarnain, melalui novel ini, Web Sutera memasukkan tokoh-tokoh Islam yang cuba membebaskan Konstantinopel termasuklah Sultan Muhammad Al-Fateh.
Konstantinople sebuah kota yang menjadi rebutan. Sebuah kota bersejarah yang dibina kembali dari puing-puing tinggalan kaloni Greek yang membinanya dalam abad ke -7 sebelum masihi. Nama asalnya ialah Bizantium. Dimasyurkan sebagai pusat kerajaan baharu Rom pada tahun 330 Masihi oleh maharaja Rom bernama Constantine Agung. Kota ini berfungsi sebagai pusat Empayar Bizantin untuk berabad-abad lamanya. Ia juga dikenali sebagai Rom Baharu atau Rom Timur.
Kemegahan kota mecemburui pelbagai pihak, termasuk dari pihak di Rom, Itali dan suku kaum yang memerintah kerajaan-kerajaan Eropah. lokasinya amat strategik. Semenjak Rasulullah (SAW) berkata dalam hadis di atas semasa Perang Khandak, pemimpin dan pejuang jihad Islam selepasnya berhasrat memenuhi ramalan kenabian itu.
Misi menawan kota Konstantinopel mempunyai rentetan kisah perjuangan yang tidak kurang menariknya untuk direnungi.
{[['']]}

Hidayatus Salikin

 
 
 
Harga     : RM 50.00
Penulis   : Syed Ahmad Fahmi Bin Zam-zam
Tebal      : 424 m/s
ISBN     :
978-983-097-451-4

Terbitan  : Galeri Ilmu


Sinopsis


Hidayatus Salikin adalah kitab turas susunan asal Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullah taala, ulama yang tersohor dengan ketinggian ilmu agamanya sehingga tersebar ke seluruh pelusuk nusantara. Kitab ini dikemaskini semula oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam agar bertepatan dengan kehendak semasa pembaca. Terjemaahan dan tambahan kepada kitab “Bidayatul Hidayah” yang memuatkan perbahasan tentang amalan-amalan khusus ilmu fardu Ain dalam membentuk keperibadian Muslim untuk dekat dengan Allah. Antara fokus utama dalam buku ini:

•Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
•Ibadah.
•Adab.
•Akhlak Muslim.
•Penyucian Jiwa.
•Zikir-zikir
•Nasihat ulama.




{[['']]}
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger