Latest Movie :
Buku Terkini

Jurnal Haji Pengubat Rindu




Harga     : RM 20.00
Penulis   : Intan Yaacob
Tebal      : 528 m/s
 ISBN     : 978-967-388-141-3 Terbitan  : Telaga Biru


Jurnal Haji Pengubat Rindu” ini mengisahkan pengembaraan tetamu Allah mengerjakan haji di tanah suci. Pengembaraan haji ini bermula pada hari pertama bergerak ke tanah suci dan berakhir sebaik sahaja tiba di tanah air. Pelbagai pengalaman suka duka dan pahit manis diceritakan agar menjadi panduan kepada bakal jemaah haji sekali gus menjadi pengubat rindu bagi mereka yang telah bergelar haji dan hajah. Penyampaian jurnal berbentuk catatan harian diharapkan dapat menimbulkan perasaan seolah-olah pembaca sendiri yang melalui pengalaman haji tersebut. “Benarlah kata orang, pekerjaan haji ialah kemuncak seorang Islam menghambakan diri kepada Penciptanya. Pekerjaan haji merupakan pengorbanan diri sepenuhnya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Andainya pekerjaan haji ini boleh dikategorikan sebagai satu percutian, maka percutianku ini bukan setakat lima bintang sahaja. Sebaliknya ingin kukatakan kepada dunia bahawa percutianku ini bernilai berjuta-juta bintang. Subhanallah....”




{[['']]}

X-Plorasi Surah-Surah Al-Quran (Permainan Uji Minda Kreatif)



Harga     : RM 10.00
Penulis   : Muhammad Luqman Makhtar
Tebal      : 280 m/s
 ISBN     : 978-967-388-140-6
Terbitan  : Telaga Biru


Seronoknya Mengenali al-Quran. Baik teka silang kata, cari kata, rungkai perkataan misteri atau sebagainya,kepuasan dapat menyelesaikan satu-satu uji minda sangat manis. Otak benar-benar dirasakan segar dan aktif. Dalam masa yang sama banyak maklumat am yang dipelajari secara seronok dan santai. Itulah pengalaman yang ditawarkan dalam buku ini. Melalui 111 cabaran uji minda, pembaca bukan sahaja disajikan dengan sembarangan fakta, bahkan berkaitan nama surah al-Quran. Dengan pendekatan uji minda, belajar tentang al-Quran tidak lagi sukar dan membosankan. Kita tahu bahawa banyak perkara yang kita tidak tahu. Tetapi kita tidak tahu berapa banyak perkara yang kita tidak tahu. Dan kita hanya tahu selepas kita mengetahui perkara yang sebelum ini kita tidak tahu. Jom ukur berapa banyak yang kita tahu dan tidak tahu tentang surah-surah kalamullah!

 
{[['']]}

Sembang-sembang Politik Islam




Harga     : RM 12.00
Penulis   : Mohamad Zuhaili Saiman
Tebal      : 120 m/s
 ISBN     : 978-967-388-145-1
Terbitan  : Telaga Biru


Sinopsis

Sesungguhnya politik dan Islam tidak dapat dipisahkan, justeru politik adalah sebahagian daripada cara hidup manusia. Panduan terbaik yang seharusnya ditekankan dalam berpolitik adalah prinsip berpolitik yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Sesungguhnya, sistem berpolitik di negara ini dahagakan penerangan dan ilmu yang benar bagi meningkatkan kefahaman pemimpin dan rakyat dalam berpolitik. Kelebihan buku ini ialah ia memberikan panduan dan tip bagaimana cara berpolitik mengikut panduan yang digariskan dalam Islam, menyediakan kisah-kisah dan strategi berpolitik Rasulullah dan para sahabat semasa zaman kebangkitan Islam, padat dengan sorotan persoalan-persoalan penting bagi mematangkan minda politik Muslim, dan sarat dengan info berguna sebagai panduan berpolitik berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. 
{[['']]}

Non Muslim Menurut Kacamata Rasulullah SAW



Harga     : RM 20.00
Penulis   : Mohd Hafiz Daud
Tebal      : 224 m/s
 ISBN     : 978-967-388-144-4
Terbitan  : Telaga Biru

Sinopsis

Dunia mengagumi Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni dengan kepelbagaian kaum dalam masyarakat. Hubungan antara masyarakat Islam dengan masyarakat non-Muslim di Malaysia juga tiada perbalahan besar tercetus antara kedua-duanya. Sangat nyata sekali, perlu ada “sesuatu” yang dapat mengharmonikan masyarakat Islam dan non-Muslim. Justeru, masyarakat Islam perlu sentiasa merujuk tanggapan Rasulullah SAW tentang masyarakat non-Muslim ketika zaman Baginda. Bagaimana Baginda melayan non-Muslim? Bagaimana tanggapan Baginda terhadap non-Muslim? Bagaimana pemerintahan Islam boleh harmoni walau adanya masyarakat non-Muslim? Rungkaikan persoalan global ini dengan memiliki buku ini. Insya-Allah, kita akan dapat menerapkan seni interaksi Rasulullah SAW bersama masyarakat non-Muslim dalam kehidupan seharian.



{[['']]}

Travelog 2 Tanah Suci




Harga     : RM 20.00
Penulis   : Hamirdin Ithnin
Tebal      : 260 m/s
 ISBN     : 978-967-388-142-0
Terbitan  : Telaga Biru




Sinopsis


Batu itu hidup. Batu itu bernadi. Bernadi seperti nadi manusia ... dup, dup, dup, dup ... pada ketika itu, air mata saya jatuh berderai tanpa henti, dan secara spontan saya mengakui akan keagungan dan kekuasaan Allah. Lalu saya mengadu dan merintih pada-Nya, betapa kerdilnya saya dan betapa banyaknya dosa yang telah dibuat. Saya terus melekap pada batu Kaabah itu sambil menangis dan berdoa, namun batu itu terus-terusan...dup, dup, dup, dup....Saya biarkan keadaan itu berterusan, lama rasanya. Lebih dari 5 minit. Setelah berasa puas, saya lepaskan semula lekapan itu. Kemudian, saya lekapkan dada sekali lagi ke batu Kaabah, tetapi kali ini batu itu tidak punyai apa-apa reaksi. Cuma sekadar batu. Bagi menyemarakkan lagi keinginan dan menyebarkan ilmu tentang ibadah haji dan menyingkap hikmah Kaabah, buku ini amat wajar dimiliki oleh hamba Allah yang mencintai syiar-syiar Islam dan merindukan bumi Makkah Al-Mukarramah.
{[['']]}

Sonata Cinta Afro





Harga     : RM 17.00
Penulis   : Azie Yana
Tebal      : 432 m/s
 ISBN     : 978-983-124-888-1
Terbitan  : Alaf 21


Sinopsis
Nama aku Mohd Hakim, tapi orang panggil aku Afro. Sebab apa Afro? Entah… sebab rambut aku kut. Kembang macam sarang tebuan!

Hidup aku luar biasa sikit. Ada keluarga tapi macam tak ada aje. Maklumlah… anak angkat. Tapi aku tak kisah asal ada tempat menumpang, cukuplah…

Cinta? Siapa yang tak mahu bercinta? Aku pun ada perasaan juga. Orang yang aku minat ni lain daripada yang lain. Dia punya karakter yang sangat istimewa bagi aku. Puas aku ngorat dia, boleh dia buat tak layan.

“Lepas tengok awak sanggup berkubang macam tu semalam, hati saya yakin, awaklah lelaki terbaik untuk saya.” - Samira.

“Bila saya dah macam kerbau berkubang, baru awak nak. Awak ni sebenarnya suka dekat saya ke, kat kerbau?” - Afro.

Itulah permulaan kisah cinta kami. Permulaan yang lucu belum tentu berakhir dengan bahagia. Aku suka Samira. Tapi…
{[['']]}

SIRI ENSIKLOPEDIA ISLAMIK SAINTIS MUDA (10 Judul) Makanan Rezeki Dari Allah SWT



Harga     : RM 32.50
Penulis   : Gema Insani
Tebal      : 120 m/s
 ISBN     : 9789673718085
Terbitan  : Synergy Media


Sinopsis

Kurniaan Allah SWT  akan sentiasa bertambah apabila kita mensyukurinya.
Ambillah makanan untukmu secukupnya,tidak perlu berlebihan  dan membazir. Ingatlah, membazir itu sahabat syaitan. Tahukah anda, terdapat makanan yang berbau dan makanan termahal di dunia?

Bacalah pengetahuan yang ada dalam Siri Ensiklopedia  Islamik Saintis Muda “MAKANAN Rezeki dari Allah SWT” nescaya akan menambahkan pengetahuan anda tentang aneka makanan di dunia.
{[['']]}

SIRI ENSIKLOPEDIA ISLAMIK SAINTIS MUDA (10 Judul) Pengangkutan & Teknologi Kemudahan Bagi Manusia


Harga     : RM 29.90
Penulis   : Gema Insani
Tebal      : 120 m/s
 ISBN     : 9789673718078
Terbitan  : Synergy Media


Sinopsis

Tahukah anda, pada zaman prasejarah ketika belum wujudnya kenderaan untuk mengangkut barang-barang, manusia menggunakan tenaga manusia itu sendiri dengan cara memikulnya di bahu. Selain itu, manusia juga mengaplikasikan dengan mengikat haiwan hasil buruan pada sebatang kayu panjang untuk dipikul.

Dari zaman ke zaman pengangkutan dan teknologi mengalami perkembangan seiring dengan perkembangan  pemikiran manusia. Buku Ensiklopedia Pengangkutan dan Teknologi, Kemudahan bagi Manusia dikemaskan secara terperinci dan menyeronokkan. Semoga ilmu yang terkandung di dalamnya memberi manfaat kepada anda. Selamat membaca!
{[['']]}

SIRI ENSIKLOPEDIA ISLAMIK SAINTIS MUDA (10 Judul) Islam Rahmat Terunggul Allah SWT


Harga     : RM 32.50
Penulis   : Tartila Tartusi
Tebal      : 126 m/s
 ISBN     : 9789673718112
Terbitan  : Synergy Media


Sinopsis

Siri Ensiklopedia Islamik Saintis Muda ini mengajak anda mengenal Rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Diterangkan dalam bahasa yang sederhana dengan ilustrasi-ilustrasi dan gambar-gambar yang menarik.

Buku ini dapat membantu mewujudkan rasa cinta anda  kepada Allah SWT dan Rasul-Nya dalam kehidupan anda. Melalui ibadat yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa, semoga anda dapat menyuburkan rasa iman di hati dan merasa dekat dengan-Nya.

{[['']]}
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger