Latest Movie :
Buku Terkini

Syarah Akidah Mursyidah


Syarah Akidah Mursyidah

Penulis : Ahmad Faidzurrahim
Harga : RM 10.00
Muka surat: 120 m/s
Terbitan : Yamani Angle


Risalah akidah ini asalnya ditulis oleh Imam Ibn Tumart, meninggal pada akhir tahun 542 Hijrah. Matan yang ringkas ini menjelaskan akidah Ahli Sunah Waljamaah, sekali gus menyanggah pendapat mereka yang cuba mengelirukan umat daripada pegangan tersebut.

Manakala Imam Fakhruddin ibn Asakir pula ialah penyebar dan pembaca risalah ini di bumi Syam dan beliau juga yang sering mengulangi bacaan risalah ini kepada para penuntut ilmu dan orang Islam di sana, lalu risalah tersebut dikenali dengan nama Risalah Ibn Asakir.

Ramai ulama Ahli Sunah Waljamaah yang memuji risalah ini dan menyatakan bahawa risalah ini sering diulang bacaannya selama empat kurun (400 tahun). Antara mereka ialah al-Hafiz Salahuddin Khalil bin Kaikaladi al-Alla’i Rahimahullah yang meninggal pada tahun 761 Hijrah. Beliau memberi judul risalah ini sebagai al-Akidah al-Mursyidah dan berkata:

“Pengarang al-Akidah al-Mursyidah ini berada di atas jalan dan akidah yang lurus dan beliau adalah benar dalam mentanzihkan Allah”

Al-Imam Tajuddin al-Subki dalam kitab Tabaqatnya berkata:

“Ini adalah akhir kitab akidah, dan tidak ada seorang sunni pun yang mengingkarinya.”
{[['']]}

Sepuluh Tokoh Musyrik Dalam al-Quran




Sepuluh Tokoh Musyrik Dalam al-Quran

Harga = RM25.00
Penulis = Harun Arrasyid Hj Tuskan | Abu Azka Al-Madani
Penerbit =Yamani Angle

Memaparkan sejarah hidup 10 orang yang terkenal dalam kalangan musyrik yang kisah mereka ada terselit dalam Al-Quran. Mengapa Allah selitkan kisah mereka dalam Al-Quran? Allah menurunkan wahyu tersebut untuk mendedahkan identiti dan hati budi mereka. Mereka tokoh yang licik dalam tipu daya dan pandai berpura-pura serta bermuka-muka. Justeru, Allah singkap segala rahsia isi hati mereka.

Ada antara mereka yang menjadi pemuka kaum munafik yang hanya berpura-pura Islam, sedangkan jiwa dan raga mereka amat benci dengan Islam dan Rasulullah S.A.W. Ada pula antara mereka menjadi orang hadapan dalam konspirasi penentangan, penyeksaan dan pemualauan kaum Muslim. Ada juga yang asalnya Islam tetapi apabila telah dilimpahi nikmat kekayaan menjadi kufur dan menyanggah syariat serta perintah Rasul.

Manakala ada juga tokoh yang dihormati dalam kalangan musyrik lantaran kebaikan dan khidmat baktinya kepada Baitullah. Walaupun tidak memeluk Islam namun beliau merupakan antara orang yang cukup berjasa dalam hidup Rasulullah S.A.W. Beliau bukan sahaja pernah memelihara Nabi malah tetap menjadi pelindung Baginda daripada sebarang tindakan kaum kafir Quraisy.

Allah mewahyukan secebis ayat sebagai contoh, iktibar dan kutukan untuk renungan umat Islam. Watak dan sikap yang Allah gambarkan mewakili individu musyrik itu tetap wujud sepanjang zaman. Baik pada zaman Rasulullah S.A.W, para sahabat, tabiin, salafussoleh hinggalah ke akhir zaman. Justeru, kisah yang dipaparkan ini memandu kita untuk mengenali mereka agar sentiasa berwaspada dengan segala tindak-tanduk, karenah dan tipu daya mereka.
{[['']]}

Doa dan Jampi Syifa'



Doa dan Jampi Syifa'
Harga : RM3.00
Terbitan : Yamani Angle
{[['']]}

Ancaman Syiah - Membongkar Sandiwara Kesesatan


Ancaman Syiah - Membongkar Sandiwara Kesesatan
Harga : RM19.90
Terbitan : Best Seller Publication

Sinopsis

- Adakah Syiah membawa perpaduan kepada sesebuah negara Islam?
- Adakah berlakunya perbezaan mazhab jika ajaran Syiah diterima di negara kita?
- Adakah aktiviti keagamaan kita kekal sama seperti dahulu?
- Adakah masjid KEKAL menjadi tempat perpaduan di kalangan kedua mazhab Sunni dan Syiah?
- Apakah masyarakat Islam di negara ini akan ditimpa ujian perpecahan yang lebih dahsyat dari permusuhan politik yang telah wujud sejak sekian lama dahulu?




{[['']]}

Saya Tunggu Awak




Judul: Saya Tunggu Awak
Penulis: Bonda Nor
Tebal: 640 ms
ISBN: 978-983-097-445-3
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM 24.00

Sinopsis:
Novel ini berkenaan seorang ustazah yang menjadikan kitab Bidayatul Hidayah sebagai bahan pengajarannya. Bidayatul Hidayah bermaksud Permulaan Taqwa. Ia diambil bersempena nama sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali. Menerusi novel ini, kisah mujahadah menepis cinta ini bermula gara-gara penglibatan kedua-dua watak utama dalam penganjuran satu seminar yang dipanggil SEMINAR BIDAYATUL HIDAYAH.
Kitab Bidayatul Hidayah umpama satu manual harian seorang Mukmin yang menyentuh aspek-aspek utama kehidupan mereka. Begitu juga dengan kaedah penulisan novel ini yang cuba menyentuh beberapa permasalahan utama yang sering timbul dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu dan kekuatan mujahadah, manusia mampu merentas bidayatul hidayah atau permulaan taqwa.
{[['']]}
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger