Harga : RM 20.00
Penulis : Intan YaacobTebal : 528 m/s
ISBN : 978-967-388-141-3 Terbitan : Telaga Biru
“Jurnal Haji Pengubat Rindu” ini
mengisahkan pengembaraan tetamu Allah mengerjakan haji di tanah suci.
Pengembaraan haji ini bermula pada hari pertama bergerak ke tanah suci
dan berakhir sebaik sahaja tiba di tanah air. Pelbagai pengalaman suka
duka dan pahit manis diceritakan agar
menjadi panduan kepada bakal jemaah haji sekali gus menjadi pengubat
rindu bagi mereka yang telah bergelar haji dan hajah. Penyampaian jurnal
berbentuk catatan harian diharapkan dapat menimbulkan perasaan
seolah-olah pembaca sendiri yang melalui pengalaman haji tersebut.
“Benarlah kata orang, pekerjaan haji ialah kemuncak seorang Islam
menghambakan diri kepada Penciptanya. Pekerjaan haji merupakan
pengorbanan diri sepenuhnya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Andainya
pekerjaan haji ini boleh dikategorikan sebagai satu percutian, maka
percutianku ini bukan setakat lima bintang sahaja. Sebaliknya ingin kukatakan kepada dunia bahawa percutianku ini bernilai berjuta-juta bintang. Subhanallah....”
{[['']]}