Latest Movie :
Home » , » Monolog Cinta Keinsafan

Monolog Cinta Keinsafan

{[['']]}

Hana dan Hani adalah sepasang kembar yang terpisah setelah kematian ibu bapa mereka akibat tragedi berdarah. Hana dibela oleh Mak Tam, jirannya di kampung manakala Hani dijaga oleh Auntie Zai, adik ayah mereka. Hana diasuh dan dididik dengan didikan Islam secara sederhana.

Berbeza dengan Hani yang dibesarkan oleh Auntie Zai di United Kingdom dengan cara hidup bebas dan sosial yang jelas bercanggah dengan fitrah kehidupan Islam sebenar. Kini, setelah 15 tahun, mereka bertemu kembali dan melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka gembira dengan pertemuan ini.

Hani cukup tertarik dengan cara hidup Hana hingga Hani menemui cinta sejati, iaitu cinta terhadap Allah SWT. Dalam perjalanan mencari Tuhannya, Hani telah mendapat tentangan hebat daripada Auntie Zai.

Untuk mengetahui cerita penuh persoalan, dramatik dan mendebarkan ini, para pembaca diajak untuk berkongsi pengalaman untuk menghayati novel Islamik ini.

 
HARGA (SEM. MALAYSIA : RM 14.50, SABAH/SARAWAK : RM 17.50)
Penerbit : Best Seller Publication
Penulis : Norani Abd Hamid
Muka Surat :

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger