Latest Movie :
Buku Terkini

Keluarga Muslim Menurut Imam Hasan al-Banna




Harga: RM25.90
Penulis : Ustaz Roslan Mohamed
Penerbit : Hijjaz Record Publishing

Imam Hassan Al-Banna – pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir. Beliau dihormati oleh teman dan lawan. Ketrampilan dan karismanya sebagai pemimpin tidak dapat disangkal lagi. Namun, itu semua tidak sedikit pun menjejaskan peranan utamanya sebagai suami, ayah dan ketua 
keluarga. Beliau bukan sahaja berjaya menyatukan para pemuda Mesir di bawah Ikhwanul Muslimin, tetapi juga berjaya menyatukan hati semua ahli keluarganya. 
 
Di sebalik kesibukannya, beliau masih sempat pulang ke rumah semata-mata untuk makan bersama keluarga. Beliau masih mempunyai masa untuk memantau perkembangan setiap anak-anaknya. Malah beliau turut menyediakan maklumat lengkap mengenai anak-anaknya sejak daripada kelahiran mereka, maklumat kesihatan, carta prestasi dalam pelajaran dan sebagainya. Beliau juga mencatatkan kata-kata motivasi untuk merangsang semangat mereka. Beliau mendidik keluarganya dengan cara yang sangat halus dan berhikmah. Bukan dengan hukuman ataupun bebelan tanpa henti. Sebaliknya dengan tauladan untuk diikuti. Inilah keluarga muslim yang wajib dicontohi.





{[['']]}

Membongkar Misteri Dajjal



Harga: RM37.90
Penulis : Muhammad Nurani Maarif
Penerbit : Hijjaz Record Publishing

Penulis : Muhammad Nurani Maarif
Muka Surat : 280 bewarna

Kisah Dajjal telah banyak ditulis orang termasuk karya masyhur, ‘Dajjal Akan Muncul Di Segitiga Bermuda’ tulisan Muhammad Isa Daud, hinggalah karya mutakhir yang mengejutkan banyak pihak, ‘Dajjal Sudah Muncul Dari Khurasan’ karya Abu Fatiah al-Adnani (terbitan penerbit Granada Indonesia). Karya-karya mereka membuka dimensi baru dalam membahaskan perihal Dajjal. Kini, timbul persoalan apakah benar Dajjal tinggal di Segitiga Bermuda atau apakah sahih Sai Baba itu jelmaan Dajjal menurut Abu Fatiah al-Adnani?

Di tangan anda adalah sebuah lagi karya ‘fantastik’ yang membicarakan perihal Dajjal hasil penulisan seorang penulis tempatan. Buku inicuba menjawab sejauhmana kebenaran fakta Muhammad Isa Daud dan membongkar identiti Dajjal secara in-person. Buku ini akan membawa anda menyingkap rahsia dan misteri dunia yang selama ini terpendam tanpa jawaban, kaitannya dengan Dajjal serta menyelongkar rahsia di sebalik binaan misteri seperti Stonehenge, patung Terracotta dan banyak lagi.

Buku ini juga turut mengupas bagaimana Dajjal merancang konspirasi kemunculannya dalam mencetus Perang Dunia ke-3 dan huru-hara dunia, dengan menggerakkan proksi-proksinya yang terdiri dari Freemasons, Illuminati dan secret society. Di sini dibicarakan fakta yang belum pernah anda ketemui dan dikupas secara tuntas.

Huraian asas disusun berdasarkan rujukan buku ‘Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Akhir Zaman’ karangan Imam Ibnu Kathir (terbitan Darul Fajr yang disemak oleh Ybhg. Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz) dan ‘Kisah Dajjal Dan Turunnya Nabi Isa Membunuhnya” karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Bani dengan menampilkan hadith-hadith Dajjal yang mutawatir. Bersama puluhan rujukan lain dikemukakan bagi membuktikan bahawa misteri dunia adalah illusi bikinan Dajjal.

Di akhir buku ini, penulis menggariskan persediaan asas bagi menghadapi fitnah terdahsyat yang disebutkan oleh Nabi ShallalLahu ‘alaihi wa sallam. Umat Islam perlu mengetahui betapa bahayanya fitnah Dajjal dan umat Islam tidak harus tertipu, bahkan perlu bersedia dengan mempergiatkan amal Islami, memperkukuhkan jatidiri iman dan menerbitkan rasa ihsan.

Ringkasnya, jangan terlalu mengambil mudah dan berasa kuat untuk menghadapai fitnah Dajjal. Tunggu sehingga anda habis membaca buku ini dahulu. Baru anda akan tahu betapa kita sebenarnya sudah dilingkungi fitnah Dajjal. Pandangan anda terhadap dunia tidak akan sama selepas ini, setelah selesai membacanya.
{[['']]}

Misteri Di Sebalik The Arrival



Harga: RM35.90
Penulis : Muhammad Nurani Maarif
Penerbit : Hijjaz Record Publishing

Sinopsis
 
Ramai yang ingin tahu siapa sebenarnya yang berada di belakang tabir misteri dan konspirasi
dunia? Ramai juga yang ingin tahu apa yang akan terjadi selepas ini? Seseorang perlu penulis semua ini mengkhabarkan kepada kepada dunia khususnya umat Islam tentang apa yang sedang berlaku.
 
Selepas Membongkar Misteri Dajjal dan mendedahkan Konspirasi Galaktik:Di Sebalik Ramalan Kehancuran Dunia, beliau kembali menulis merungkai persoalan yang lebih berat - Di sebalik The Arrivals. Beliau mengerah segala keringat, idea, mengolah segala ilham, mengupas isu baru secara tuntas, membongkar persoalan serta elemen konspirasi dan mistikal yang selama ini terbenam di lubuk hati kita. Ia adalah inisiatif bagi menjernihkan segala kekeliruan, meredakan segala kebimbingan dan mencetuskan keterujaan bahawa Dunia Baru sudah tiba; peralihan zaman sudah berada di ambang pintu.
 
Apakah ia akan benar-benar berlaku? Temui fakta menarik ini kerana beliau akan membawa anda mengembara ke alam misteri Imam Mahdi dan alam fantasi konspirasi Dajjal berdasarkan petunjuk hadis akhir zaman, atsar yang jarang diperkatakan serta tulisan yang paling hampir mengenainya. Anda perlu membaca buku ini, bahkan memilikinya jika benar anda tidak mahu terus diselubungi bayangan misteri.

Buku ini ditulis dengan gaya bahasa mudah dan santai. Penulisnya membahaskan isu berat secara bersahaja. Beliau berusaha menghimpun semua fakta penting mengenai misteri dan konspirasi dunia di bawah tajuk dan subjek menarik yang sering dibicarakan bermula daripada Dajjal - Samiri, Haikal Sulaiman, Knights Templer, Freemasonry, 2012, Imam Mahdi, Perang Dunia, Armageddon, Dunia Baru dan sebagainya. Beliau menjadikan The Arrival sebuah dokumentari mini yang dimuatnaik ke YouTube dan hangat diperkatakan di seluruh dunia sebagai latarnya. Meniti di atas dokumentari ini, beliau memberi pandangan dan kupasan dari sudut pandang agama.

Penulis mengulas dengan petunjuk garis masa yang disusun oleh Amin Jamaluddin, seorang penulis fitnah akhir zaman kontemporari yang paling autentik pernah ditemuinya. Selamat datang ke alam bicara mengenai Penyelamat Dunia - Di Sebalik The Arrival.



{[['']]}

Gerakan Freemasonry



Harga: RM35.90
Penulis : Hj. Nik Azran Muhamed / Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa
Penerbit : Hijjaz Record Publishing

Di dalam buku ini, anda akan disajikan secara terperinci tentang Gerakan Freemasory. Ia membincangkan tentang latar belakang gerakan tersebut dan bahayanya terhadap umat Islam. Sbagai umat Muhammad SAW, adalah menjadi kewajipan kita untuk sentiasa berwaspada dan bersedia terhadap sebarang ancaman sama ada dari luaratau dari dalam sendiri.
{[['']]}

Gerakan Orientalisme & Kristianisasi



Harga: RM35.90
Penulis : Hj. Nik Azran Muhamed / Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa
Penerbit : Hijjaz Record Publishing

Sejarah permusuhan dan dendam kaum Yahudi terhadap Islam memang tidak akan tamat. Benarlah firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka." Pelbagai agenda diatur dengan matlamat utama untuk menghancurkan agama suci ini.

Buku Gerakan Orientalisme & Kristianisasi - Ancaman Kepada Ummah ini adalah kesinambungan judul pertama sebelum ini, Gerakan Freemasonry - Musuh Dalam Menghancurkan Islam. Pada permulaannya, kedua-dua penulis menyatukan ketiga-tiga gerakan ini di dalam satu judul yang sama. Tetapi HRP memutuskan untuk mengasingkan judul tersebut menjadi 2 siri bagi memudahkan pembaca memilikinya.

Sesungguhnya musuh-musuh Islam tidak akan pernah berhenti untuk membawaIslam ke lembah kehancuran. Oleh itu, sebagai muslimyang telah bersaksi bahawa Allah itu Tuhan yang Satu dan Muhammad itu pesuruhNya harus sama-sama memikul tanggungjawab untuk mempertahankan agama ini. Semoga Islam akan terus dijulang tinggi oleh setiap generasi muslim. Amin..

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh, mereka menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin..”



{[['']]}

Travelog Misteri : Israel Kuasai Dunia




Harga: RM37.90
Penulis : Mohd Nadzri Kamsin
Penerbit : Hijjaz Record Publishing

Bab pertama buku ini menceritakan secara sepintas lalu mengenai sebuah bangsa yang menganggap diri mereka sebagai bangsa istimewa dan menjadi pilihan Tuhan. Ini kerana kebanyakan nabi lahir dari kalangan mereka. Malah salah satu surah dia dalam Al-Quran juga dinamakan sempena nama bangsa mereka. Bab kedua pula menghuraikan serba sedikit mengenai sejarah diaspora mereka yang panjang dan unik. Bagaimana komuniti bangsa ini boleh wujud hampir di seluruh dunia? Bagaimana sejarah diaspora mereka bermula? Bab ini turut menceritakan kisah suka dan duka yang berselindung di balik tabir diaspora itu. Diaspora banyak memberi kesan kepada bangsa ini. Tanpa diaspora, perjalanan bangsa ini dalam sejarah manusia mungkin berlainan.

Bab ketiga pula agak agresif dan provokasi. Dalam bab ini, penulis menyingkap kisah sekolompok manusia yang berasimiliasi dengan bangsa ini dan menjadi sebahagian daripada mereka. Asimiliasi itu menyebabkan kelompok ini 'lebih Yahudi dari Yahudi' itu sendiri. Bab keempat menerangkan secara terperinci mengenai kelahiran Zionis dan peristiwa-peristiwa yang mengiringi kelahiran itu. Manakala bab kelima pula menceritakan mengenai kewujudan negara haram, Israel. Dalam bab kelima ini, penulis berhujah berdasarkan fakta-fakta yang sah mengenai sebuah negara haram yang selayaknya dihapuskan dari peta dunia. Namun realitinya, Israel terus berkembang.

Dalam bab enam hingga lapan, penulis dengan berani, menyingkap tabir rahsia yang selama ini melindungi kemegahan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia. Negara yang memegang kuasa veto di dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ini sebenarnya hanya mengikut telunjuk sebuah bangsa yang dihina oleh seluruh dunia iaitu Yahudi. Negara itu dikuasi dalam hampir semua aspek penting sesebuah negara - politik, kewangan, undang-undang, media dan sosial. Malah, dasar-dasar pemerintahan negara terutama yang melibatkan hubungan luar, turut dicampuri oleh bangsa zionis ini. Semuanya berpaksikan kepentingan sebuah negara haram - Israel.

Bab terakhir buku ini pula adalah satu analisis penulis mengenai calon-calon kuasa besar dunia seterusnya lantaran Amerika Syarikat sudah mula menunjukkan tanda-tanda kejatuhannya. Analisis ini dilakukan dari segenap aspek meliputi sejarah, keadaan politik dan kestabilan negara, status ekonomi, kuasa ketenteraan, tenaga kerja intelek dan jaringan kekuatan antarabangsa. Israel menjadi 'calong kegemaran' kerana ciri-ciri mereka sebagai kuasa besar jelas kelihatan. Apatah lagi mereka mampu menjadikan sebuah negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat sebagai proksi segala perancangan jahat mereka untuk menguasai dunia. Satu travelog panjang yang membongkar misteri perjalanan sebuah bangsa yang bercita-cita dan sedang bersedia untuk menguasai dunia.






{[['']]}

Kristianisasi & Gejala Murtad



Harga: RM35.00
Penulis : Ustaz Farhan Abdullah
Penerbit : Hijjaz Record Publishing


NAMA saya Mohd. Farhan Bin Abdullah. Dahulu saya Pastor Yohanes. Saya berasal daripada
suku kaum Kadazan, Sabah. Saya bersekolah Kristian selama 8 tahun dan 2 tahun dalam latihan Mubaligh Kristian. Saya terlibat dalam Misionari Kristian selama 2 tahun. Kami bergerak dari bandar ke bandar, kampung ke kampung dan negeri ke negeri. Kami dibekalkan wang perbelanjaan berjumlah RM10,000.00, sebuah van bertulis ‘Gerakan Penginjilan SIB’ dan satu pasukan koir  untuk menyanyikan lagu-lagu kerohanian. 
 
Sepanjang beragama Kristian, ada dua persoalan yang sering bermain di fikiran saya dan kawan-kawan iaitu:
1. Masalah ketuhanan Jesus dan trinity.
2. Masalah majlis pengampunan dosa yang disebut ‘baptis’.
 
Kami dilarang sama sekali mempersoalkan dua perkara ini, lebih-lebih lagi mengemukakannya kepada pihak paderi. Mengapa saya memilih masjid dan meninggalkan gereja? Antaranya kerana:
1. Konsep ketuhanannya jelas. Tuhan hanya satu iaitu Allah.
2. Kitab Al-Quran tidak pernah diselewengkan.
 
Alhamdulillah, saya sudah kembali kepada Islam. Allah turut memberikan hidayah Islam kepada ayah saya sebelum beliau meninggal dunia melalui dakwah saya. Malah semua ahli keluarga saya juga sudah kembali memeluk Islam. Segala cabaran yang saya dan keluarga hadapi, tidak menggentarkan saya untuk terus melangkah dalam keimanan ini. 
 
Bagaimana saya boleh memilih Islam? Semuanya akan terjawab di dalam buku ini.







{[['']]}

Mencintai Isteri jangan Separuh Hati



Harga: RM15.00/RM18.00
ISBN: 978-967-361-106-5
Tarikh Terbit: Januari 2014
Jumlah Muka Surat: 160
Penulis : Dr. Najah Ahmad Az-Zhihar

___Sinopsis_________________________________________________

Lelaki dan wanita, suami dan isteri, ayah dan ibu, sama-sama mempunyai peranan lebih untuk tergapainya keindahan dan syurga dari sebuah pernikahan atau keluarga. Semua mesti menunaikan kewajiban, semua mesti memperhatikan, semua juga mesti saling menjaga. Begitulah keluarga, ia jalan menuju surga, jika semua berdiri pada posisinya. Jangan ada yang menzalimi atau terzalimi, baik isteri maupun suami. Bangun syurga pernikahan bersama, melangkahlah bersama. Hidupkan suasana cinta dalam keluarga. Agar pengabdian pada-Nya semakin indah dirasai.
Beberapa abad silam Islam sudah menggariskan kemuliaan untuk kaum wanita. Tanpa perlu di demo dan dituntut, Islam menyetarakan masalah hukum antara laki-laki dan wanita. Islam menempatkan wanita pada singgasana indah, walaupun Islam tidak memberi peluang bagi mereka menduduki jabatan sebagai pimpinan kenegaraan. Bukan meremehkan, lebih pada sebuah penjagaan akan kehormatan, kelembutan serta kesantunan yang sesuai dengan tuntunan kesucian mereka sebagai wanita. Kerana sekali lagi, dalam banyak hal, wanita punya hak yang sama dengan kaumadam.
Untuk anda para suami, janganlah berhenti mencintai dan menyayangi isteri anda. Bimbing dan tuntun mereka dalam menggapai redha-Nya. Jaga selalu, segala cintanya, kepercayaan, keikhlasan dan pengorbanan yang ia limpahkan pada anda. Syukuri segala lebih dan kurang yang ada dalam dirinya. Agar mereka tidak akan merasa sia-sia berbakti pada anda.

{[['']]}

Dahsyatnya Energi Syukur, Istighfar, Muhasabah



Harga: RM15.00/RM18.00
Penulis : Muhammad Azhar
ISBN: 978-967-361-109-6
Tarikh Terbit: Mac 2014
Jumlah Muka Surat: 198


_Sinopsis_________________________________________________

Tahu diri. Itulah rahsia supaya seseorang milki ketenangan di bumi dan kehidupan setelah bumi, akhirat. Allah merumus, jika kamu syukur pada apa yang ada, maka akan ditambah. Jika manusia beristighfar, Allah tidak segan akan membentangkan nikmatnya berupa harta, keturunan dan hujan yang menjanjikan kesuburan. Dan Allah nyatakan bahawa setiap hamba wajib melakukan muhasabah diri demi kejayaan esok.
 Kita dituntut untuk bijak demi memperolehi kejayaan dan keuntungan. Adakah usaha kita selama ini kurang berhasil? Adakah kita bimbang kejayaan akan hilang? Bila kita sudah tahu jalan kejayaan dengan syukur, istighfar dan muhasabah, maka kita perlu risau dan cemas dengan ‘hantu kecemasan dan hantu kegagalan’.
Syukur, istighfar dan muhasabah adalah 3 pintu kebijaksanaan yang membuka lorong-lorongnya dengan menggiurkan. Kala kita tidak mahu menuju 3 pintu itu, entahlah bencana apa yang akan terus menghantui. Maka, wajib kita mengusirnya sekarang juga hantu kegagalan itu.


{[['']]}

Cerita Cinta Ahmad Ammar



Harga     : RM 23.00

Penulis   : Grup Penjejak Tamadun Dunia
Terbitan  : Karya Bestari



SINOPSIS:
Ahmad Ammar, sebaris nama yang tidak dikenali semasa hayat, namun menjadi kebanggaan selepas pemergiannya. Tiada yang diinginkan melainkan sebuah syahid. Tiada yang diperlukan selain redha ALLAH dan tiada yang lebih mengujakan selain bertemu bidadari-MU di syurga abadi. Alangkah bertuah ayahanda dan bonda dapat melihat perjalanan akhir anakanda tercinta dengan sebuah pengakhiran yang baik.
Subhanallah... indahnya rencana-MU ALLAH. Benar, ia bukan kebetulan. Engkau pergi ketika membawa misi ALLAH dan Rasul. Moga jannah jua sebagai ganti. Tenanglah adinda Ammar di sana. Tabahlah duhai ibu bapa dan keluarga. Wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati. Perjuangan kita perlu diteruskan. Impian Ammar adalah realiti kita.




{[['']]}

Batilnya Akidah Syiah




Harga     : RM 18.00
Penulis   : Syeikh Muhammad Abdul Sattar at-Tunisawi.
ISBN       :
978-967-0326-57-3

Terbitan  : Inteam Publishing 

Banyak siri serbuan telah dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap markaz perkumpulan yang menganut fahaman Syiah. Fahaman Syiah sudah lama diwartakan dan difatwakan haram kerana bercanggah dan menyeleweng daripada Ahli Sunnah wal Jamaah di negeri-negeri seluruh Malaysia. Di Selangor, fatwa pengharaman Syiah telah dikeluarkan pada 14 Februari 1998 yang menyatakan bahawa ;

“Fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya. Terdapat beberapa percanggahan di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut aqidah, syariah dan lain-lain.”

Berikut adalah sebahagian akidah sesat puak Syiah secara ringkas yang dibincangkan di dalam buku ini agar kita tahu dengan jelas pendustaan serta penyelewengan mereka.

1)Akidah menyekutukan Allah seperti fahaman Yahudi, Nasrani dan kaum musyrikin.
2)Akidah (البداء) yang rosak, iaitu Syiah mengatakan Allah SWT jahil.
3)Akidah maksumnya 12 imam Syiah, yang bercanggah dengan akidah khatamun Nubuwwah bagi penutup para nabi, Nabi Muhammad SAW.
4)Akidah bahawa al-Quran yang wujud sekarang ini telah diubah, ditukar, ditambah dan dikurangkan ayatnya. Ini termasuk akidah yang paling keji dan rosak. Akidah ini mewajibkan penganutnya terkeluar daripada agama Islam.
5)Akidah menghina Rasulullah SAW, menghina Sayidina Ali r.hu, Sayidina Hassan r.hu dan Sayidina Hussein r.hu.
6)Akidah menghina Ummahatul Mukminin, isteri Rasulullah SAW.
7)Akidah menghina anak-anak perempuan Rasulullah SAW, khususnya penghulu wanita, Sayidah Fatimah az-Zahra’ r.hu.
8)Akidah menghina Abbas, Ibnu Abbas dan Uqail r.hu.
9)Akidah menghina Khalifah ar-Rasyidin, golongan Muhajirin, golongan Ansar.
10)Akidah menghina para imam Ahli Bait.
11)Akidah (التقية) taqiyyah.
12)Akidah Mut’ah.
13)Akidah harus meminjamkan faraj wanita.
14)Akidah harus meliwat wanita.
15)Akidah (الرجعة).
16)Akidah (الطينة) – Ahli Sunnah wal-Jamaah dipaksa menanggung segala dosa puak Syiah.

Akidah kehilangan ahli keluarga dengan menangisi, mengoyak leher baju, memukul pipi atas kematian Sayidina Hussein r.hu dan akidah lain yang bercanggah dengan akidah Islam.
{[['']]}

IBADAH MUKMIN; PANDUAN SOLAT





Harga     : RM 30.00
Penulis   : Syeikh Ahmad Faisol Hj. Omar.
ISBN     : 
978-983-097-436-1
Terbitan  : Galeri Ilmu


Ibadah Mukmin; Panduan Solat yang didatangkan khas lengkap berwarna, berfakta, serta dalil yang jelas bagi merungkai segala persoalan yang meluruskan kefahaman dan tindakan ke arah kesempurnaan solat. Pembaca akan didedahkan pada permulaannya tentang persoalan hukum-hakam sebelum mengerjakan ibadah solat seperti taharah, pembahagian najis, wuduk, tayamum istinjak, dan darah wanita. Seterusnya buku ini dilengkapkan dengan persoalan solat merangkumi rukun dan sunatnya, solat fardu dan sunat, solat Jamak dan Qasar, solat Jenazah, Qadha Solat dan solat Jumaat.


{[['']]}

KENAL UNTUK CINTA: BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH SAW





Harga     : RM 50.00
Penulis   : Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki
Penterjemah   : Ustaz Muhadir Haji Joll
ISBN     :  978-983-097-435-4
Terbitan  : Galeri Ilmu

Hard Cover



Sinopsis

KENAL UNTUK CINTA: BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH SAW yang diterjemah dan dikemaskini daripada karya asal Tarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyyah. Lengkap berwarna berserta gambar-gambar yang menarik bagi mengetengahkan serba-serbi maklumat tentang keperibadian dan kronologi perjalanan kehidupan Baginda Rasulullah SAW. Pembaca akan dapat 'melihat' kehidupan sebenar Baginda sejak awal kelahiran sehingga kewafatannya. Buku ini penting agar setiap pembaca dapat mengenali lebih rapat dengan Baginda dan menamba rasa cinta terhadapnya.

{[['']]}

Tuhan Lebih Saintifik



Harga     : RM 16.00
Penulis   : Fatima Syarha & Dr. Farhan Hadi
ISBN     : 978-983-097-438-5
Terbitan  : Galeri Ilmu


Sinopsis

Dr. Donald menolak agama secara total dan menganggap Sains adalah segala-galanya, Ustaz Hanafi pula menolak Sains secara total dan menganggap segala kemajuan Sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa ke neraka, termasuklah kemajuan bidang perubatan. Pertembungan pemikiran pensyarah ateis, ustaz tradisional dan seorang doktor pakar Islam pasti akan menyajikan kisah-kisah dan perdebatan yang menarik untuk dihidangkan kepada pembaca.
{[['']]}

Konstantinopel Kibaran Panji-Panji Al-Fateh




Harga     : RM 29.00
Penulis   : Web Sutera
Tebal      : 896 m/s
 ISBN     : 978-983-097-417-0
Terbitan  : Galeri Ilmu


Sinopsis

Novel sejarah bertemakan tempat ini sarat dengan fakta tetapi diadun dengan beberapa watak fiksyen. Jika novel sejarah pertama beliau Macedonia menceritakan tokoh Raja Zulqarnain, melalui novel ini, Web Sutera memasukkan tokoh-tokoh Islam yang cuba membebaskan Konstantinopel termasuklah Sultan Muhammad Al-Fateh.
Konstantinople sebuah kota yang menjadi rebutan. Sebuah kota bersejarah yang dibina kembali dari puing-puing tinggalan kaloni Greek yang membinanya dalam abad ke -7 sebelum masihi. Nama asalnya ialah Bizantium. Dimasyurkan sebagai pusat kerajaan baharu Rom pada tahun 330 Masihi oleh maharaja Rom bernama Constantine Agung. Kota ini berfungsi sebagai pusat Empayar Bizantin untuk berabad-abad lamanya. Ia juga dikenali sebagai Rom Baharu atau Rom Timur.
Kemegahan kota mecemburui pelbagai pihak, termasuk dari pihak di Rom, Itali dan suku kaum yang memerintah kerajaan-kerajaan Eropah. lokasinya amat strategik. Semenjak Rasulullah (SAW) berkata dalam hadis di atas semasa Perang Khandak, pemimpin dan pejuang jihad Islam selepasnya berhasrat memenuhi ramalan kenabian itu.
Misi menawan kota Konstantinopel mempunyai rentetan kisah perjuangan yang tidak kurang menariknya untuk direnungi.
{[['']]}

Hidayatus Salikin

 
 
 
Harga     : RM 50.00
Penulis   : Syed Ahmad Fahmi Bin Zam-zam
Tebal      : 424 m/s
ISBN     :
978-983-097-451-4

Terbitan  : Galeri Ilmu


Sinopsis


Hidayatus Salikin adalah kitab turas susunan asal Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullah taala, ulama yang tersohor dengan ketinggian ilmu agamanya sehingga tersebar ke seluruh pelusuk nusantara. Kitab ini dikemaskini semula oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam agar bertepatan dengan kehendak semasa pembaca. Terjemaahan dan tambahan kepada kitab “Bidayatul Hidayah” yang memuatkan perbahasan tentang amalan-amalan khusus ilmu fardu Ain dalam membentuk keperibadian Muslim untuk dekat dengan Allah. Antara fokus utama dalam buku ini:

•Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
•Ibadah.
•Adab.
•Akhlak Muslim.
•Penyucian Jiwa.
•Zikir-zikir
•Nasihat ulama.




{[['']]}

Jurnal Haji Pengubat Rindu




Harga     : RM 20.00
Penulis   : Intan Yaacob
Tebal      : 528 m/s
 ISBN     : 978-967-388-141-3 Terbitan  : Telaga Biru


Jurnal Haji Pengubat Rindu” ini mengisahkan pengembaraan tetamu Allah mengerjakan haji di tanah suci. Pengembaraan haji ini bermula pada hari pertama bergerak ke tanah suci dan berakhir sebaik sahaja tiba di tanah air. Pelbagai pengalaman suka duka dan pahit manis diceritakan agar menjadi panduan kepada bakal jemaah haji sekali gus menjadi pengubat rindu bagi mereka yang telah bergelar haji dan hajah. Penyampaian jurnal berbentuk catatan harian diharapkan dapat menimbulkan perasaan seolah-olah pembaca sendiri yang melalui pengalaman haji tersebut. “Benarlah kata orang, pekerjaan haji ialah kemuncak seorang Islam menghambakan diri kepada Penciptanya. Pekerjaan haji merupakan pengorbanan diri sepenuhnya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Andainya pekerjaan haji ini boleh dikategorikan sebagai satu percutian, maka percutianku ini bukan setakat lima bintang sahaja. Sebaliknya ingin kukatakan kepada dunia bahawa percutianku ini bernilai berjuta-juta bintang. Subhanallah....”




{[['']]}

X-Plorasi Surah-Surah Al-Quran (Permainan Uji Minda Kreatif)



Harga     : RM 10.00
Penulis   : Muhammad Luqman Makhtar
Tebal      : 280 m/s
 ISBN     : 978-967-388-140-6
Terbitan  : Telaga Biru


Seronoknya Mengenali al-Quran. Baik teka silang kata, cari kata, rungkai perkataan misteri atau sebagainya,kepuasan dapat menyelesaikan satu-satu uji minda sangat manis. Otak benar-benar dirasakan segar dan aktif. Dalam masa yang sama banyak maklumat am yang dipelajari secara seronok dan santai. Itulah pengalaman yang ditawarkan dalam buku ini. Melalui 111 cabaran uji minda, pembaca bukan sahaja disajikan dengan sembarangan fakta, bahkan berkaitan nama surah al-Quran. Dengan pendekatan uji minda, belajar tentang al-Quran tidak lagi sukar dan membosankan. Kita tahu bahawa banyak perkara yang kita tidak tahu. Tetapi kita tidak tahu berapa banyak perkara yang kita tidak tahu. Dan kita hanya tahu selepas kita mengetahui perkara yang sebelum ini kita tidak tahu. Jom ukur berapa banyak yang kita tahu dan tidak tahu tentang surah-surah kalamullah!

 
{[['']]}
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger