Latest Movie :
Home » , , , » Misteri Di Sebalik The Arrival

Misteri Di Sebalik The Arrival

{[['']]}


Harga: RM35.90
Penulis : Muhammad Nurani Maarif
Penerbit : Hijjaz Record Publishing

Sinopsis
 
Ramai yang ingin tahu siapa sebenarnya yang berada di belakang tabir misteri dan konspirasi
dunia? Ramai juga yang ingin tahu apa yang akan terjadi selepas ini? Seseorang perlu penulis semua ini mengkhabarkan kepada kepada dunia khususnya umat Islam tentang apa yang sedang berlaku.
 
Selepas Membongkar Misteri Dajjal dan mendedahkan Konspirasi Galaktik:Di Sebalik Ramalan Kehancuran Dunia, beliau kembali menulis merungkai persoalan yang lebih berat - Di sebalik The Arrivals. Beliau mengerah segala keringat, idea, mengolah segala ilham, mengupas isu baru secara tuntas, membongkar persoalan serta elemen konspirasi dan mistikal yang selama ini terbenam di lubuk hati kita. Ia adalah inisiatif bagi menjernihkan segala kekeliruan, meredakan segala kebimbingan dan mencetuskan keterujaan bahawa Dunia Baru sudah tiba; peralihan zaman sudah berada di ambang pintu.
 
Apakah ia akan benar-benar berlaku? Temui fakta menarik ini kerana beliau akan membawa anda mengembara ke alam misteri Imam Mahdi dan alam fantasi konspirasi Dajjal berdasarkan petunjuk hadis akhir zaman, atsar yang jarang diperkatakan serta tulisan yang paling hampir mengenainya. Anda perlu membaca buku ini, bahkan memilikinya jika benar anda tidak mahu terus diselubungi bayangan misteri.

Buku ini ditulis dengan gaya bahasa mudah dan santai. Penulisnya membahaskan isu berat secara bersahaja. Beliau berusaha menghimpun semua fakta penting mengenai misteri dan konspirasi dunia di bawah tajuk dan subjek menarik yang sering dibicarakan bermula daripada Dajjal - Samiri, Haikal Sulaiman, Knights Templer, Freemasonry, 2012, Imam Mahdi, Perang Dunia, Armageddon, Dunia Baru dan sebagainya. Beliau menjadikan The Arrival sebuah dokumentari mini yang dimuatnaik ke YouTube dan hangat diperkatakan di seluruh dunia sebagai latarnya. Meniti di atas dokumentari ini, beliau memberi pandangan dan kupasan dari sudut pandang agama.

Penulis mengulas dengan petunjuk garis masa yang disusun oleh Amin Jamaluddin, seorang penulis fitnah akhir zaman kontemporari yang paling autentik pernah ditemuinya. Selamat datang ke alam bicara mengenai Penyelamat Dunia - Di Sebalik The Arrival.



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger