Latest Movie :
Home » , , » Keluarga Muslim Menurut Imam Hasan al-Banna

Keluarga Muslim Menurut Imam Hasan al-Banna

{[['']]}



Harga: RM25.90
Penulis : Ustaz Roslan Mohamed
Penerbit : Hijjaz Record Publishing

Imam Hassan Al-Banna – pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir. Beliau dihormati oleh teman dan lawan. Ketrampilan dan karismanya sebagai pemimpin tidak dapat disangkal lagi. Namun, itu semua tidak sedikit pun menjejaskan peranan utamanya sebagai suami, ayah dan ketua 
keluarga. Beliau bukan sahaja berjaya menyatukan para pemuda Mesir di bawah Ikhwanul Muslimin, tetapi juga berjaya menyatukan hati semua ahli keluarganya. 
 
Di sebalik kesibukannya, beliau masih sempat pulang ke rumah semata-mata untuk makan bersama keluarga. Beliau masih mempunyai masa untuk memantau perkembangan setiap anak-anaknya. Malah beliau turut menyediakan maklumat lengkap mengenai anak-anaknya sejak daripada kelahiran mereka, maklumat kesihatan, carta prestasi dalam pelajaran dan sebagainya. Beliau juga mencatatkan kata-kata motivasi untuk merangsang semangat mereka. Beliau mendidik keluarganya dengan cara yang sangat halus dan berhikmah. Bukan dengan hukuman ataupun bebelan tanpa henti. Sebaliknya dengan tauladan untuk diikuti. Inilah keluarga muslim yang wajib dicontohi.





Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger