{[['']]}
Harga : RM 27.90
Penulis : Mazni AznitaTebal : 752 m/s
ISBN : 978-967-0535-11-1
Terbitan : Buku Prima
Sinopsis
The Loser gelaran yang tidak pernah dimahunya. Namun kerana sekeping
surat dia menjadi mangsa buli di sekolah. Trauma dengan seorang insan
bernama Idham Hariz di zaman persekolahannya, membuatkan Syafika tidak
pernah punya teman lelaki, walau asyik blind date dengan lelaki-lelaki
berbeza. Nadim Ammar, si Pianist yang selamba, keras kepala tetapi punya
prinsip tersendiri tentang cinta. Bertunang dengan Emilia, anak Tan Sri
Jabbar bukan atas kerelaan hati. Kes silap masuk khemah di tempat
memancing mempertemukan si Loser dan si Pianist ini. Syafika dengan
perangai A, Nadim dengan perangai B. Syafika gadis kerek bagi Nadim.
Nadim lelaki poyo menurut tafsiran Syafika. Tapi antara pro dan kontra,
anehnya mereka sering bertemu. Dan seperti kisah-kisah cinta yang lain,
bertemu itu maknanya berjodoh. Berjodoh itu maksudnya cinta.Syafika
masih tidak yakin. Bila soal cinta berada di pasak hati, dia seperti
gadis bingung. Tapi si Pianist itu sudah mencuri hatinya. Namun bila
cinta mula bersemi, Idham muncul kembali, mahu mencuri hati Syafika yang
dahulu dibuli dan dikeji. Siapa yang akan Syafika pilih? Lelaki di masa
lalu atau masa kininya? Lalu siapa yang harus dicuri cintanya? Cinta si
Pianist yang cool atau cinta si kaki buli yang tampan?
Nadim, berhenti layan saya macam saya ni anak kecil boleh tak? Saya ni lebih tua daripada awak - Syafika
Datang bulan ke? Asyik nak marah aje. Awak sedar tak kita kerap sangat bertemu. Dalam seluas-luas alam ni, saya asyik nampak awak. Awak pun kerap bertembung dengan saya. Macam perfect match from heaven, kan? - Nadim

Post a Comment