{[['']]}
Harga : RM 25.90
Penulis : Abu Hassan MoradTebal : 672 m/s
ISBN : 978-967-0342-85-6
Terbitan : Buku Prima
Sinopsis
Sebuah jam antik yang dibeli Datuk Osman akan menjerit tatkala jarum
tepat ke pukul 12.00 tengah malam. Namun ia hanya berlaku pada setiap
malam Jumaat sahaja. Apa yang menyeramkan, jam antik itu akan menjerit
ngeri persis suara wanita yang berada di dalam ketakutan. Manakala Irfan
Rushidi pewaris segala harta milik Datuk Osman telah kehilangan kekasih
hati yang amat dicintainya, Ayu Aleya. Pihak polis turut gagal menemui
sebarang jawapan yang pasti. Sahabat baik Irfan Rushidi, Zulke? i pula
amat setia melindungi dan menolongnya dalam apa jua keadaan. Cuma Zulke?
i agak keberatan untuk menolong Irfan Rushidi mencari Ayu Aleya. Antara
kesetiaan, cinta dan persahabatan, apakah pilihan Irfan Rushidi? Ketika
deringan jam antik Datuk Osman masih kekal dalam misteri...
“Ingatlah pesanan Leya ini sayang. Cinta Leya pada Irfan hingga ke hujung waktu. Ya, Leya berjanji akan mencintai Irfan hingga hujung waktu.” – Ayu Aleya
“Tolonglah... jangan menjerit lagi, ampunkan aku... aku tahu aku banyak dosa. Ampunkanlah aku.” – Datuk Osman
“Ikutkan hati Irfan, memang nak gunting semua rambut Leya ni, geram...” – Irfan Rushidi
“Kenapa kau tak jujur dengan aku, kenapa kau sanggup korbankan nyawa semata-mata kerana aku. Kau bodoh Rasydan, kau bodoh!” - Inspektor Maria

Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini.
Post a Comment