{[['']]}
Harga : RM 25.00
Penulis : Hilal AsyrafTebal : 352 m/s
ISBN : 978-983-097-291-6
Terbitan : Galeri Ilmu
Sinopsis
ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal
peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda
bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik
ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa
dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho,
pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi
macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana
dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana
tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat
dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja.
Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan
milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami
sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula
terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong
bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya
demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya
menderita, tapi sampai bila?
“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish
“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini.
Post a Comment