{[['']]}
Harga : RM 14.00
Penulis : Ezee RahmaniTebal : 192 m/s
ISBN : 978-967-411-075-8
Terbitan : PTS Millennia Sdn Bhd
Semangat juang dalam diri Nusaibah
terus mengalir deras, sederas jantungnya yang berdegup kencang. Perisai
pada tangan beliau bersedia bagi menepis setiap libasan pedang yang
dihayun ke arahnya.
Dalam situasi genting itu, kakinya pantas melangkah ke tempat Rasulullah berada.
Kata-kata Rasulullah pada ketika Perjanjian Aqabah Kedua terus segar
dalam ingatan. Nusaibah mahu mengotakan ikrar yang dilafazkannya pada
tempoh hari. Akhirnya, perjalanan menongkah arus tiba ke destinasi yang
dituju. Nusaibah berjaya berdiri di hadapan Rasulullah, bersama beberapa
orang tentera Muslimin yang masih teguh berdiri. Mereka membentuk
barisan benteng dan perisai. Darah segar mengalir pada leher, lengan,
dan sekujur tubuh setiap orang yang menjadi perisai, demi melindungi
Rasulullah.
Sambil menjeritkan kesanggupannya, tanpa berbelah bahagi, Nusaibah
turut menghunus pedang dengan genggaman yang semakin kemas. Kekasih
Allah itu perlu dilindungi! Nusaibah lansung tidak memikirkan
keselamatan diri sendiri, sehingga beliau turut mendapat luka parah
akibat tusukan, terjahan, dan serangan musuh daripada setiap sudut dan
penjuru.
ini adalah kisah Nusaibah, Nusaibah Srikandi Besi.
Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini.
Post a Comment