{[['']]}
Harga : RM 22.00
Penulis : Fida RohaniTebal : 560 m/s
ISBN : 978-983-124-863-8
Terbitan : Alaf 21
Sinopsis
Nik Anum dan Zulfikar berjanji sehidup semati. Namun perpisahan jua yang
terjadi. Atas pilihan keluarga, Nik Anum berkahwin dengan lelaki yang
tidak pernah dicintainya. Zulfikar pula membawa diri lalu mengakhiri
kekecewaannya dengan mengahwini Shamira, wanita yang berkarisma dan
berkaliber.
Untuk mengubat hati yang lara, Zulfikar mengenangkan saat indah bersama Nik Anum di Pantai Bisikan Bayu. Biarlah dia dikatakan gila dan disampuk hantu laut oleh Shamira, dia tetap akan ke situ. Permintaan isterinya supaya dia melupakan pantai itu tidak mungkin tertunai. Hanya itu kenangan yang tinggal untuknya selepas berpisah dengan Nik Anum. Hanya angin, ombak dan mentari senja yang mampu menenangkan jiwanya.
Ah, betapa peritnya perpisahan itu! Nik Anum juga merana rupanya. Perkahwinannya dengan Tengku Hisyam membawa kesengsaraan. Bukan gelaran janda yang dicari, namun jodohnya tetap berakhir dengan penceraian.
Bertahun menanggung derita, akhirnya takdir menemukan semula Nik Anum dan Zulfikar. Mungkinkah mereka dapat membina cinta yang pernah tersungkur? Zulfikar layak mengahwini bekas kekasih yang dicintainya itu! Tapi, Nik Anum…

Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini.
Post a Comment