Latest Movie :
Buku Terkini

Atas Lantai Takdir






Harga     : RM 22.00
Penulis   : Fida Rohani
Tebal      : 560 m/s
 ISBN     : 978-983-124-863-8
Terbitan  : Alaf 21


Sinopsis
Nik Anum dan Zulfikar berjanji sehidup semati. Namun perpisahan jua yang terjadi. Atas pilihan keluarga, Nik Anum berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dicintainya. Zulfikar pula membawa diri lalu mengakhiri kekecewaannya dengan mengahwini Shamira, wanita yang berkarisma dan berkaliber.

Untuk mengubat hati yang lara, Zulfikar mengenangkan saat indah bersama Nik Anum di Pantai Bisikan Bayu. Biarlah dia dikatakan gila dan disampuk hantu laut oleh Shamira, dia tetap akan ke situ. Permintaan isterinya supaya dia melupakan pantai itu tidak mungkin tertunai. Hanya itu kenangan yang tinggal untuknya selepas berpisah dengan Nik Anum. Hanya angin, ombak dan mentari senja yang mampu menenangkan jiwanya.

Ah, betapa peritnya perpisahan itu! Nik Anum juga merana rupanya. Perkahwinannya dengan Tengku Hisyam membawa kesengsaraan. Bukan gelaran janda yang dicari, namun jodohnya tetap berakhir dengan penceraian.

Bertahun menanggung derita, akhirnya takdir menemukan semula Nik Anum dan Zulfikar. Mungkinkah mereka dapat membina cinta yang pernah tersungkur? Zulfikar layak mengahwini bekas kekasih yang dicintainya itu! Tapi, Nik Anum…


Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini. 


 
{[['']]}

Kalaulah Aku Tahu






Harga     : RM 21.00
Penulis   : Ayu Emelda
Tebal      : 528 m/s
 ISBN     : 978-983-124-873-7
Terbitan  : Alaf 21


Sinopsis
Sebaik sedar daripada koma, kehidupan Keyra Adeela menjadi huru-hara. Ironinya dia terlupa tentang hubungannya dengan Hardy Mirzal. Keyra cukup terderanya kerana realitinya dia seorang isteri dan suaminya adalah lelaki itu.

Ingatannya hilang dalam ruang masa enam tahun sebelum itu. Betapa percaturan takdir cukup mengelirukan. Imran Hafiz, lelaki yang pernah diminati suatu ketika dulu muncul semula. Di hatinya mula berputik rasa sayang dan cinta.

Siapa yang sebenarnya bertakhta di hati Keyra? Segalanya kian rumit dan bercelaru. Mampukah memori yang hilang menyinari kembalimenyingkap rahsia antara dia dan Hardy?
 
 
Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini. 
 
 
 

{[['']]}

Di Hatiku, Kau Di Situ






Harga     : RM 21.00
Penulis   : Nureen Mirza
Tebal      : 512 m/s
 ISBN     : 978-983-124-868-3
Terbitan  : Alaf 21



Sinopsis
HAIFA hanya gadis biasa. Tidak sesempurna mana. Harta tiada. Pelajaran apatah lagi. Justeru, beza dia dengan Iman bagai langit dan bumi. Haifa yang tidak pernah sedar diri, tetap bersikap ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’. Sangkanya, kasih yang bertunas bakal mekar hingga ke penghujung. Mana sangka ia layu sebelum berkembang. Haifa merana sehingga pinggang rampingnya bertukar menjadi ‘papan sekeping’. Sejak itu diharamkan mulutnya daripada menyebut nama Iman.

Ketika akalnya merangkak-rangkak melupakan Iman, Nazim muncul merayu kasih. Puas ditolak, Nazim tetap buat tak faham. Mana mungkin dia menerima lelaki itu? Nazim lebih pelahap daripada buaya Bujang Senang. Jika diterima, bimbang hatinya dilapah-lapah sampai lumat. Sudahlah begitu, perangainya pula tidak menepati kriteria lelaki idaman. Namun, jangan harap Nazim mahu mengalah. Selagi Haifa tidak berkata “Ya!”, selagi itulah dikejarnya Haifa sampai dapat.

Ketika fikirannya bergelut, Iman ingin kembali padanya. Biarpun sudah beristeri, Iman tetap tidak sedar diri. Jemu dia berkata “Tidak!” tetapi Iman tetap mendesak. Di antara Iman dan Nazim, Haifa jadi buntu. Puas dia lari ke kiri dan ke kanan. Malangnya, dia tersepit di tengah-tengah. Ah! Siapakah yang harus dia pilih?


Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini. 



{[['']]}

Sana Menanti Sini Merindu






Harga     : RM 26.00
Penulis   : Juriah Ishak
Tebal      : 688 m/s
 ISBN     : 978-983-124-875-1
Terbitan : Alaf 21


Sinopsis
Tiba-tiba saja Kamal Hanafi hendak kahwin! Dia nekad mahu menjadi suami terbaik. Sejak pertemuan secara tidak sengaja, puas dia mencari rumah si gadis. Tidak sangka, Sharina si gadis manis itu adik kepada kawan baiknya sendiri.

Tanpa rasa malu, dia meluahkan rasa suka kepada Sharina melalui Hisham. Hisham yang sudah tahu hati budi Kamal, memberi jaminan bahawa adiknya pasti akan hidup bahagia di samping lelaki itu.

Sebagai adik yang taat, Sharina setuju mengikut kehendak abangnya. Namun, terselit juga rasa ingin membalas dendam. Kenal pun tidak, macam mana hendak bertentang mata? Kamal Hanafi harus diuji.

Selepas hidup bersama, ternyata Kamal suami yang baik, tetapi keluarga mertuanya cukup merimaskan. Kerana rasa sayangnya yang tidak ternilai, Sharina sanggup menjadi mangsa keadaan.

“Dalam genggaman rindu, Kamal terus menunggu. Ke bahagiaan yang pernah dikecapi, mungkinkah hadir kembali?”



Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini. 
 
 
 
{[['']]}

Word Search Puzzle 1






Harga     : RM 8.50
Penulis   : Synergy Media
Tebal      : 208 m/s
 ISBN     : 9789673227334
Terbitan : Synergy Media


Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini. 


 
{[['']]}

Word Search Puzzle 2






Harga     : RM 8.50
Penulis   : Synergy Media
Tebal      : 208 m/s
 ISBN     : 9789673227341
Terbitan : Synergy Media



Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini. 


{[['']]}

Tragedi Cinta Taj Mahal






Harga     : RM 35.00
Penulis   : Aneesah Aliyyah
Tebal      :
 ISBN     : 978-967-5102-73-8
Terbitan : Telaga Biru

Natasha merupakan anak sulung Dr. Farid dan isterinya, Puan Hasmah. Dia mempunyai seorang adik kembar, Aleesha yang berusia 18 tahun. Mereka berdua melanjutkan pelajaran di Victoria University, Wellington, New Zealand. 

Di Wellington, Natasha bertemu seorang pemuda kulit putih yang berjaya mengambil hatinya, Jonathan. Jonathan juga sangat tertarik dengan Natasha, hingga membuatkan dia hendak mengenali Islam. Namun, hubungan antara benua dan antara agama ini tidak dapat diteruskan kerana Dr. Farid hendak Natasha dikahwinkan dengan anak kepada rakan karibnya, Bahar. Sebagai anak yang sangat taatkan orang tuanya, Natasha turutkan sahaja walaupun dia terpaksa mengorbankan perasaannya. Natasha sering mendapat igauan tentang kematian. Ternyata igauannya menjadi kenyataan. Dia memang hendak dibunuh dalam satu kes langgar lari di Wellington, lantas memaksanya untuk balik ke Malaysia. Di Malaysia, berkat taatkan orang tuanya, Natasha hidup bahagia di samping suaminya di rumah mereka yang diberi nama Mahligai Taj Mahal. Namun, kebahagiaan itu hanya sementara kerana Bahar mati secara tiba-tiba. Kematian Bahar adalah kematian kedua di mahligai itu. Benarkah dia dibunuh? Atau ia merupakan satu sumpah di mahligai itu? Mengapa Jonathan muncul selepas kematian Bahar dan dapatkah dia mengahwini Natasha?


Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini. 



{[['']]}

Cinta Granada








Harga     : RM 23.00
Penulis   : Radwa Ashour
Tebal      :
 ISBN     : 978-967-5102-52-3
Terbitan : Telaga Biru


Mariama dan Hassan, satu-satunya keluarga yang masih tinggal di rumah peninggalan Abu Jaafar. Mereka hanya ditemani Ali, cucu daripada anak lelakinya yang bergabung dengan pasukan pemberontak di pergunungan Granada. Dalam diam Hassan mengajar bahasa Arab pada Ali. Bahasa ibunda orang berketurunan Arab Granada, tapi sejak orang Castile berkuasa, bahasa itu dilarang daripada diamalkan. Demi mengurangkan bilangan warga berketurunan Arab yang bergabung dengan gerakan pemberontak, Granada dihapuskan daripada orang Arab. Dalam pelukan Ali, Mariama menghembuskan nafas terakhir. Ia meninggal dalam kumpulan warga keturunan Arab yang diusir dari kampung halaman sendiri. Pastikan anda terus membaca untuk mengetahui kisah selanjutnya. Dapatkah Ali bersama dengan wanita yang dicintainya, Wardah? Sejauh manakah persahabatan Ali dan Jose? Segalanya terjawab di dalam novel “Cinta Granada”,novel kedua daripada 3 novel dalam Tsulatsiyah Gharnathat (The Granada Trilogy). Novel yang pertama ialah “Rindu Andalusia” yang telah pun berada di pasaran



Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini.




{[['']]}

Jazirah Cinta






Harga     : RM 17.00
Penulis   : Randu Alamsyah
Tebal      : 242 m/s
ISBN      : 9675385057
Terbitan : Al-Hidayah


Novel ini berkisar tentang perjalanan hidup Syamsu,seorang pemuda lepasan agama pondok yang miskin harta tetapi kaya jiwa dalam mencari hakikat kehidupan dan makna cinta yang sebenar.Kesepian hidupnya dihiasi dengan kehadiran dua orang gadis ayu, Lula seorang gadis yang terpesong tapi ingin berubah dan Salwa, seorang  yang cantik paras rupa dan akhlaknya.Tapi keduanya berakhir dengan tragedi. Namun kesudahannya dia menemui cinta sejatinya dari seorang gadis jelita berhati mulia dalam naungan cahaya Illahi. 


Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini. 





{[['']]}

Memang Dah Jodoh











Harga     : RM 19.90
Penulis   : Antasya Balqis
Tebal      : 544 m/s
ISBN     : 978-967-0342-73-3 
Terbitan : Buku Prima

Sinopsis
Kerana kasih sayang seorang sahabat dan tentangan keluarga, Dian Aruni berpisah secara rela dengan Engku Izmier. Namun takdir mempertemukan mereka semula secara tidak diduga. Kasih Engku Izmier kembali bertaut tetapi tidak berani diluahkan lantas dia memendam perasaan dalam diam. Tetapi sebuah peristiwa telah memalukan keluarga Engku Izmier di mata masyarakat melalui media. Dian Aruni yang tidak sanggup melihat keluarga Engku Izmier dimalukan telah meminta pertolongan daripada Zariff, sepupunya dengan menawarkan diri menjadi suri hidup Zariff. Apabila semua masalah keluarga Engku Izmier selesai, Engku Izmier merayu cinta Dian Aruni semula. Apakah kesudahan cinta Engku Izmier? Siapakah yang bakal memiliki Dian Aruni?

Syukur TUHAN, aku bertemu Dian semula. Terlalu banyak perkara yang ingin aku adukan padanya. Dan selebihnya kerana aku masih cintakan dia. - Engku Izmier

Terperasankah Engku Izmier yang dia memotretkan wajahnya yang asyik memandang ke arah lensa kamera, seolah-olah sedang mengintai aksi si pelaku yang sedang mencuri gambarnya untuk dirakamkan? Ah, minta-minta janganlah! Mungkin Engku Izmier sekadar ingin menduga. - Dian Aruni

“Abang tahu abang dapat cinta Dian dengan cara ni tapi abang tak rasa Dian ikhlas dengan abang. Dian terpaksa demi Mier, kan?” - Zariff



Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini.





{[['']]}

Destinasi Haji & Umrah






Harga     : RM 20.00
Penulis   : Abu Hassan Morad
Tebal      : 160 m/s
ISBN     : 978-967-366-100-8  
Terbitan : PTS Darul Furqan

Perjalanan Haji mungkin singkat namun maknanya cukup besar kepada perkembangan ummah. 

Ia adalah permulaan seperti percikan cinta Hawa dan Adam setelah terpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah. Bayangkan rindu yang terpendam begitu lama,rindu dalam keinsafan dan taubat yang meruntun segala kekuatan untuk dipertemukan di Arafah. Sinar Arafah bermula ketika mentari terik dan mula condong, ketika nafsu sudah ditundukkan dan bermula episod baru; kesedaran, wawasan, kemerdekaan dan pengetahuan. Inilah detik untuk bersendirian dengan Khaliq, bermunajat, menceritakan segala isi hati, kemahuan dan kehendak. Kemudian diikuti dengan janji-janji untuk berhijrah ke alam baru yang lebih mencabar. Arafah perjuangan hari ini untuk kesejahteraan masa depan.


ISI KANDUNGAN

Sekapur Sireh Seulas Bicara iii
BAB 1
Persiapan Sebelum Bertolak 1
BAB 2
Saat Berangkat - Kompleks Haji Kelana Jaya 5
BAB 3
Terbang Tinggi di Awan 13
BAB 4
Ketibaan ke Tanah Suci 21
BAB 5
Jeddah - Kota Sepanjang Zaman 27
BAB 6
Lambaian Kaabah 38
BAB 7
Makkah Menunggu Hari Wukuf 47
BAB 8
Arafah - Sehari dalam Setahun 62
BAB 9
Bertolak ke Arafah 71
BAB 10
Arafah - Perhimpunan Haji 76
BAB 11
Mudzalifah - Damba Cinta Pengembara Senja 88
BAB 12
Mina - Mengungkai Mazmumah 92
BAB 13
Melontar Jamrah 104
BAB 14
Cinta Madinah 109
BAB 15
Madinahtul Hujaz - Menunggu Saat Berangkat Pulang 131
BAB 16
Taif 137
Rujukan 146




{[['']]}

Cerita dari Syurga








Harga     : RM 11.00
Penulis   : Zamri Mohamad, Yusry Yusopp
Tebal      : 128 m/s
ISBN      : 978-967-369-172-2
Terbitan : PTS


Cerita dari Syurga adalah himpunan 30 cerita yang penuh inspirasi, memberi motivasi, dan menggugah emosi. Cerita-ceritanya segar dan hidup. Saat membacanya sungguh mengasyikkan, seolah-olah kita ditarik masuk ke dalam setiap babak yang dipaparkan.

Ceritanya merangsang kita menjadi lebih bersemangat untuk menikmati kehidupan dan menjadikan setiap saat dalam hidup ini lebih bermakna.

Seorang isteri mahu kekal dalam ingatan suaminya sepanjang hayat. Seorang ayah mahu meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati anaknya. Diri kita pastinya mahu menjadi insan yang dipuji-puji di langit dan disayangi di bumi. Kita mahu diingati untuk selama-lamanya dalam ingatan orang yang tersayang.

Antara kisah menarik dalam buku ini adalah:
  • Lihat syurga di jendelamu
  • Bisikan kata-kata syurga
  • Jemaah syurga berkhemah di dunia
  • Semanis dan sepahit gula-gula Kopiko
  • Senyuman adalah cop kekal dalam kenangan
  • Tiket bahagia selalunya berganda


    ISI KANDUNGAN  


    Dapatkah dirimu memberitahu?
    Siapakah rakan Yasinku?
    1. Teh Pengaruh, semakin diteguk semakin diingati
    2. Tuk! Tuk! Abang Bisu Bercakap
    3. Biar Dekat Biar Cepat
    4. Bisikan kata-kata syurga
    5. Boomerang hidup, kata suka dan duka
    6. Ayah kami harimau jadian
    7. Hidup dalam kedewasaan cinta
    8. Hon mewah, si kaya yang miskin
    9. Jemaah syurga berkhemah di dunia
    10. Lelaki kecil, lelaki besar dan timbang ikhlas
    11. Senyum, cop kekal dalam kenangan
    12. Tandatangan kenangan pada helaian memori
    13. Sebaris kata melentur rasa
    14. Kerana kamu, aku dan dia bertaut
    15. Selangkah tersilap berundur, mara ke depan berjasa
    16. Peta hidup ringkas, tetapi jalan yang panjang
    17. Lihatlah syurga di jendelamu
    18. Cerita lama hadiah baru
    19. Apabila dia berkata, “Ada.”
    20. Kerana engkau di hadapanku
    21. Paku dan Parut
    22. Akhirnya dia tahu siapa saya
    23. Tiket bahagia selalunya berganda
    24. Jiran selang empat puluh
    25. Sentuhan 360 darjah
    26. Sakitnya hatiku
    27. Semanis Sepahit Gula-Gula Kopiko
    28. Terima Kasih Kawan
    29. Tudung Merah Jambu
    30. Denyut nadi kata-kata 










{[['']]}

Asbabun Nuzul







Harga     : RM 59.00
Penulis   : Zulkifli Mohd. Yusoff
Tebal      : 872 m/s
ISBN     : 978-967-0127-16-3 
Terbitan : PTS Darul Furqan


Buku Asbabun Nuzul: Sebab-Sebab Turunnya Ayat al-Quran ini menghuraikan sejarah dan sebab di sebalik peristiwa turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW berdasarkan hujah dan dalil yang sahih. Buku ini dapat membantu orang awam memahami makna-makna al-Quran dengan lebih mudah dan jelas. Ia disusun dan ditulis oleh dua orang pakar tafsir al-Quran iaitu Professor Dato' Dr Zulkifli Mohd Yusoff dan Muhammad Mukhlis dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.


ISI KANDUNGAN

Surah al-Fatihah - Surah an-Nas




{[['']]}

Yasin Tahlil & Doa edisi al-Ma’thurat







Harga  : RM 3.00
Penulis : PTS Darul Furqan Sdn Bhd
Tebal   : 84 m/s
ISBN  :  978-967-0127-44-6


Surah Yasin ini dilengkapi dengan zikir al-Ma'thurat, tahlil dan doa, panduan ringkas solat jenazah, dan juga doa-doa pilihan. Mudah dibawa ke mana-mana dan nipis.


ISI KANDUNGAN

1. Yasin dan Doa
2. Zikir al-Ma'thurat
3. Tahlil dan Doa
4. Panduan Ringkas Solat Jenazah
5. Doa-Doa Pilihan
{[['']]}

Travelog Haji Muslimah; Rindu Menggamit ke Pintu Syurga





Harga  : RM 25.00
Penulis : Sabariah Md Udin
Tebal    : 552 m/s
ISBN    : 978-967-366-125-1
Terbitan : PTS Islamika


"Ada surat daripada Tabung Haji," kedengaran suamiku yang baru pulang daripada mengajar.
"Bukalah cepat, entah-entah panggilan ke Makkah," aku yang ketika itu sedang memasak, menyahut dari dapur.

"Alhamdulillah, kita dapat," nyata suamiku selepas membuka dan membaca surat itu.
Aku senyum sendiri. Aku sudah faham maksud suamiku walaupun aku belum melihat kandungan surat itu. Surat yang kami tunggu-tunggu selama ini. 

Travelog Haji Muslimah, catatan perjalanan seorang hamba Allah dari sudut pandang wanita. Tidak seperti jemaah lelaki yang dianugerahkan kekuatan bagi melaksanakan ibadat haji, jemaah wanita juga menghadapi cabaran,  kepayahan dan kemanisan yang tersendiri, sebagai seorang wanita. Buku ini menghidangkan dimensi yang berlainan daripada siri-siri haji yang sebelumnya dipelopori oleh lelaki. Turut membicarakan berkenaan hukum-hakam berkaitan ibadat haji bagi wanita, kata-kata hikmah dalam bahasa santai dan mudah. Wanita juga memiliki kelebihan dalam jihad, sebagaimana Rasulullah menyatakan, "Jihad bagi warga tua, kanak-kanak, golongan yang lemah dan wanita adalah haji dan umrah." (Direkodkan oleh Sunan an-Nasaa'i).


 ISI KANDUNGAN

Bab 1 : Jemputan Allah Ke Tanah Suci
Bab 2 : Pembuka Jalan Ke Baitullah
Bab 3 : Sebaik Bekalan Adalah Taqwa
Bab 4 : Lambaian Kaabah Semakin Jelas
Bab 5: Niat Dan Berihram
Bab 6 : Talbiah, Makna Yang Tersirat
Bab 7 : Tawaf
Bab 8: Siti Hajar, Sai Dan Zamzam
Bab 9 : Sejarah Kaabah
Bab 10 : Haji: Simbol Perpaduan Dan Kerjasama
Bab 11 : Haji Mabrur, Haji Yang Diterima
Bab 12 : Rahsia Ikhlas
Bab 13 : Hati Yang Cacat
Bab 14 : Lemahnya Insan
Bab 15 : Padang Arafah Padang Mahsyar
Bab 16 : Sukarnya Memijak Bumi Muzdalifah
Bab 17 : Terik Mentari Membawa Ke Mina\
Bab 18 : Sejarah Melontar Dan Perintah Korban
Bab 19 : Melontar Tiga Jamrah
Bab 20 : Menyingkap Kenangan
Bab 21: Ulang Alik Ke Masjidil Haram
Bab 22 : Mengerjakan Umrah Wajib
Bab 23: Mata Dan Lidah Hajarul Aswad
Bab 24: Nikmat Dunia Dan Akhirat
Bab 25: Mengapa Perlu Bayar Dam?
Bab 26: Menjelajah Mencari Ilmu
Bab 27 : Pesanan Doa
Bab 28 : Madinah Seindah Nama
Bab 29 : Madinah Tetap Kota Yang Baik
Bab 30 : Nabi Terakhir Diutus Allah
Bab 31: Ingin Bertemu Allah Taala
Bab 32 : Cinta Sahabat
Bab 33: Syafaat Nabi
Bab 34 : Aku Demam
Bab 36 : Hasad Dengki Yang Diredhai
Ibab 37 : Penyempurnaan Haji
Bab 38 : Menuju Akhirat Yang Abadi
Bab 39 : Rindu Menggamit Ke Pintu Syurga




{[['']]}

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat







Harga  : RM 25.00
Penulis : Ustaz Azhar Idrus
Tebal   : 184 m/s
ISBN  : 978-967-366-164-0

 Dalam kita melaksanakan ibadah kepada Allah, kekeliruan dan persoalan pasti tidak dapat dielakkan. Segala persoalan ini memerlukan jawapan bagi meleraikan kekusutan yang ada supaya kita berasa yakin dalam melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Perasaan was-was juga dapat dihindari.

 Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat ini adalah kesinambungan daripada buku yang pertama. Ia disusun melalui himpunan soalan-soalan daripada masyarakat umum mengenai kekeliruan yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka.

 Buku ini mengupas persoalan dalam kehidupan umat Islam yang merangkumi aspek berikut: taharah, wuduk, Al-Quran, solat, jual beli, pembahagian harta, zakat, puasa, hudud, sembelihan, akikah, wanita, halal haram, dan isu semasa.


ISI KANDUNGAN

1. Taharah/Wuduk
Samak dan Sertu
Sentuh babi dan anjing dengan sengaja
Hingus Najis?
Gunting rambut tapi belum mandi wajib
Air lebihan wuduk
Sentuh kemaluan adakah batal wuduk?
Berwuduk tapi bertindik di hidung
Kencing yang tidak membatalkan wuduk

2. Al-Quran
Mengenai Tajassus
Sejarah al-Quran
Tulis Ayat Al-Quran dengan tulisan Rumi
Mendengar ceramah agama dan mengaji Al-Quran, mana lebih elok?
Hukum orang bukan islam membaca al-Quran
Hukum Baca al-Quran dengan qiraat Warash ketika solat
Hukum orang yang tidak pandai baca membaca al-Quran
Hukum meriba al-Quran
Ashabul Kahfi

3. Solat
Memukul binatang ketika solat
Hukum Menangis ketika solat
Hukum berzikir dan berselawat diantara solat tarawih
Keadaan Makmum wajib mendahului imam
Hampir melahirkan anak dan tidak larat solat, bolehkah tinggal solat?
Solat tidak cukup rakaat
Cara qadha solat yang di tinggalkan selama tiga tahun
Wanita Solat tetapi tidak menutup aurat, adakah solatnya diterima ?
Orang yang mencuri tidak diterima solatnya?
Tidak solat fardhu tetapi suka bersedekah
Jadi makmum berimamkan mazhab syiah
Hukum Solat hajat minta menang bola sepak
Tidak pernah solat jumaat tetapi berbuat baik pada ibu bapa
Solat Sunat Tasbih
Kucing gesel kaki ketika sedang solat
Petua Kusyuk dalam solat
Sendawa dalam solat
Solat rawatib dulu baru tarawih
Rambut tutup dahi
Lalai dalam solat
Rukuk tidak pegang lutut
Saf renggang, Apa hukum?
Rambut nampak ketika solat (Muslimat)
Batuk sampai terkencing ketika solat
Iktikaf di masjid
Tinggal Solat Gugur akidah?
Baca Surah al-fatihan baru baca doa Iftitah
Solat terawih di mana?

4. Jual Beli/Pembahagian Harta/Zakat
Hukum beli barang makanan dan emas dengan Kad Kreadit
Kenapa manusia boleh jual beli tanah
Pembahagian Harta pusaka
Harta Sepencarian
Siapa berhak dapat harta pusaka
Had Umur Anak yatim terima zakat harta/zakat
Zakat simpanan Tabung haji harta/zakat
Tempoh bayar Zakat Fitrah
Perempuan bekerja, siapa patut bayar zakat?

5. Puasa
Waktu tidur di bulan puasa
Berpuasa tapi mendedahkan aurat
Puasa tapi suka meludah
Cara orang tua uzur dan miskin tak mampu berpuasa
Datang haid tetapi tetap meneruskab Puasa.Apa hukum?
Puasa niat nak kurus
Guna Ubat Ulser mulut ketika berpuasa

6. Hudud
Apa itu Hudud?
Akibat negara tidak melaksanakan hukum hudud

7. Sembelihan/Akikah
Hukum menggunakan pisau sembelih yang ada ukiran
Hukum sembelih guna kuasa elektrik
Adakah perempuan boleh jadi tukang sembelih?
Akikah dulu atau tahnik dulu?
Lembu betina boleh dibuat akikah?
Akikah bagi bayi yang mati dalam kandungan

8. Wanita
Isteri tidak tutup aurat, adakah suami dikira dayus?
Isteri berperangai tidak elok
Hukum buka purdah untuk dilihat bakal suami
Isteri dapat payung emas
Hukum Perempuan kerja sebagai pelayan, promoter
Hukum wanita pakai tudung yang menampakkan tocang
Tengok aurat perempuan tetapi tidak mendatangkan ghairah
Hukum Perempuan benci pada sesetengah lelaki
Tidak larat kerana sarat mengandung, boleh tinggal solat?
Adakah Kaki perempuan aurat
Kenapa di dalam masjid, perempuan dan lelaki di asingkan?
Isteri Mogok dengan Suami
Tuala wanita dimandikan sekali?
Tempoh darah Nifas
Maksud tabarruj
Keputihan adalah najis?

9. Halal Haram
Hukum Scan bayi dalam kandungan
Lukis potret bukan muhrim
Pakai baju kebaya
Hukum masuk gereja dengan sengaja
Hukum Ibu mendoakan kejahatan terhadap anaknya
Dengar orang perempuan menyanyi
Jimak di siang hari
Hukum berdoa supaya tidak keluar haid
Hukum berbual kosong dengan muhrim di khalayak ramai
Hukum tidur dengan Kucing
Hukum Guna Nikname Bidadari Syurga
Hukum gunakan emas dan perak dijadikan sudu dan garfu
Dosa yang dibuat oleh anak angkat
Hukum pakai baju yang ada kalimah Allah ketika masuk tandas
Hukum Beli Tanah Wakaf kubur
Batasan dengan bapa Tiri
Ungkapan simpang Malaikat 44
Hukum Pakai cincin di jari tengah dan telunjuk
Nabi simpan misai?
Pembahagian makruh
Hukum jadi pelakon
Hukum panggil Nabi Isa sebagai jesus
Hukum menampar pipi
Hukum meniru dalam peperiksaan
Hukum berhias diri pada hari raya
Hukum mengeluh
Hukum makan daging gajah
Air liur basi najis atau tidak?
Bayar hutang dengan duit menang nombor ekor
Hukum menipiskan janggut
Hukum Sokong Komunis
Hukum gantung kuda laut
Hukum membalas sihir yang dihantar
Hukum cium tangan guru bukan islam
Hukum Suami tinggalkan isteri tanpa bagi apa-apa nafkah
Hukum mendownload Mp3 kuliah ustaz dari internet
Ciri-ciri saksi nikah
Hukum berzina dengan hamba?
Golongan terburai perut
Hukum manusia mengubah ciptaan Allah
Hukum gantung anak patung dalam kereta
Pemandu bas tidak berhenti solat subuh , penumpang berdosa?
Bernazar supaya sembuh dari penyakit
Hukum terlalu fanatik pada artis
Hukum Memandulkan kucing
Hukum melihat atau terlihat haiwan bersetubuh
Hukum memelihara beruk untuk panjat kelapa
Hukum menderma dan niat untuk keluarga
Ingin tahu Perkara yang membatalkan akidah
Hukum menonton video lucah tujuan untuk mengelakkan zina
Hukum makan hidangan kenduri kahwin walhal tidak dijemput
Hukum tidak menutup aurat tetapi sebut “Bismillahirahmanirrahim”
Hukum Bercinta sebelum berkahwin
Hukum memakan tulang ayam yang digoreng
Tol adalah jihad?
Hukum berlakon filem pegang watak orang kafir
Menadah tangan ketika doa khutbah kedua
Niat mewakafkan tanah untuk diri sendiri dan si mati
Hukum Melansingkan badan
Hukum baca Surah Yasin pada Malam Jumaat
Hukum wanita ambil gambar
Hukum Bercakap ketika Azan
Hukum Cium dahi jenazah
Hukum Berbekam
Hukum Lafaz talak tanpa saksi
Hukum lelaki bertindik di telinga

10. Isu Semasa
Cara mengurus jenazah orang yang tukar jantina
Hukum makan udang yang tidak di buang tahi di kepalanya
Syarat-syarat taubat
Hukum berdemostrasi
Mimpi seseorang yang sudah meninggal dunia
Doa untuk dapatkan zuriat
Kenduri walimah hanya untuk lelaki sahaja?
Maksud al-Kahin dan al-‘Arraf?
Mati tidak sempat mengucap dua kalimah syahadah ketika kemalangan jalan raya
Mas kahwin semakin mahal, susah kaum lelaki hendak berkahwin
Takbir hari raya aidilfitri
Hukum tulis RIP ( rest in peace) pada kematian orang kafir cohtohnya “RIP steve job”
Ramalan rahsia tarikh lahir
Terima buah limau ketika tahun baru cina
Hukum menyediakan rumah untuk isteri
Kubur perempuan lagi dalam?
Hukum berdoa yang tidak baik
Waktu menyeberangi titian sirat
Hukum menghina nama anak nabi
Allah maha zalim?
Mati bujang
Hukum Isteri guna botox
Ayah suruh bersanding
Minum kopi sunah nabi?
Berfacebook ketika bekerja
Perihal Huru-hara 15 Ramadhan?
Hukum Pakai kopiah tapi nampak jambul
Jiwa yang kaya
Mundur Ikut islam?
Langgar Sumpah
Perbezaan khalifah dan khilafah
Sambut Hari Guru
Hukum guna wang Kutipan derma untuk beli makanan kepada tukang kira wang
Wasiat perkahwinan
Hukum tulis status doa di facebook
Larang ibu berkahwin
Taklik guna “mungkin”
Berkelayakan tapi tidak mahu mengundi
Gelaran as-siddiq
Maksud Al-Saggaf, Al-Idruce,Al-Attas
Orang kafir maksud islam, perlu kahwin semula?
Sabar separuh daripada iman atau sebahagin daripada iman?
Manusia meninggal di anggap ghaib
Ahli dalam bidang agama, siapa yang di maksudkan?
Hukum Sambut hari Ibu
Cakap tak sampai seru lagi
Kucing Muqawwamah
Anak Zina di bin atau binti kepada nama ayah?
Hukum berkahwin dengan orang yang lebih tua dari kita
Sukar tidur malam, adakah menzalimi tubuh
Hukum Like page artis yang tidak tutup aurat
Nama “siti” di hadapan
Hukum sebut rahimahullah kepada orang kafir yang mati
Hukum sambut hari Bapa
Siapa yang patut bagi nama kepada anak yang baru lahir
Kelebihan mati pada hari jumaat
Hukum wanita menutup aurat meletak gambar di facebook atau twitter
Hukum wanita tidak menutup aurat letak gambar di facebook dan sebagainya
keadaan yang kita wajib hadir ke tempat kenduri kahwin
Hukum guna air jampi memisahkan anak yang sedang berkasih dikhuatiri terlanjur
Doa untuk pesakit kanser




{[['']]}

Dahsyatnya Cabaran di Pejabat






Harga  : RM 22.00
Penulis : Roland Tan Chee Teik
Tebal   : 168 m/s
ISBN  : 978-967-369-133-3


Cabaran di tempat kerja lebih dahsyat daripada cabaran binatang buas di dalam hutan. Kalau dibaham harimau, yang paling teruk, kita terus mati. Kalau dibelenggu masalah di pejabat, jiwa merana, fikiran terganggu, dan jasad menjadi lemah. Pekerja biasa, eksekutif, dan orang atasan tidak terkecuali mengalaminya.

Jangan biarkan masalah ini menyelubungi kehidupan kita.
Buku ini membantu kita menyelesaikan masalah dan mengurus konflik dengan berkesan. Menggunakan buku ini, kita dapat:
- Bekerja dengan tenang
- Mencapai kepuasan bekerja
- Menyerlahkan bakat kepimpinan dan pengurusan
- Menukar kesempitan kepada kesempatan menimba pengalaman berharga
- Menukar cabaran menjadi peluang terbaik mengoptimumkan potensi hebat dalam diri

Kita berhadapan dengan peluang yang hebat dalam bentuk masalah yang membuntukan.”
- Lee Iacocca

Buku ini mengembalikan senyuman kita di tempat kerja.  


 ISI KANDUNGAN

Prakata
Situasi 1: RM 2,000 Lesap Begitu Sahaja
Situasi 2: Pemecatan Mengejut
Situasi 3: Jurulatih yang Berat Hati
Diskusi A: Budaya Syarikat Yang Teguh Membantu Kita Sentiasa Terkehadapan
Situasi 4: Bukan Mulut Tempayan
Situasi 5: Orang yang Cepat Naik
Situasi 6: Pengurus Besar yang Angkuh
Diskusi B: Peranan Wanita di Tempat Kerja Moden
Situasi 7: Pangkalan Data Berharga
Situasi 8: Bapa Lebih Tahu
Diskusi C: Perancangan Yang Baik Adalah Asas Pengurusan Yang Berkesan
Situasi 9: Pengurus yang Mencari Perubahan
Situasi 10: Gaji yang Terlebih Bayar
Situasi 11: Mengabdi kepada Maharani Balu
Diskusi D: Syarikat yang Berjaya Mempunyai Pemimpin yang Kuat
Situasi 12: Menikmati Kehidupan Dengan Sepenuhnya
Situasi 13: Pegawai Pemasaran yang diganggu
Diskusi E: Sentiasa Mengawal dan Menguasai Keadaan
Situasi 14: Berurusan dengan Bos yang Zalim
Situasi 15: Pegawai Pembelian yang Kecewa
Diskusi F: Menghidupkan Penulisan Perniagaan Kita
Situasi 16: Bahagian Pengeluaran Menghilang
Situasi 17: Operator Mesin Cetak yang Malang
Diskusi G: Membina Kepercayaan di Tempat Kerja
Situasi 18: Penemu Duga yang Suka Membebel
Situasi 19: Pekerja Berhenti Kerja Kerana Membantah Pemecatan Rakan
Diskusi H: Menggaji Pekerja yang Terbaik dan Mengekalkan Perkhidmatan Mereka Buat Jangka Masa Panjang
Situasi 20: Membeli Batu Jed dari Eutopia
Situasi 21: Jurujual yang Periang
Diskusi I: Orang Gasar di Tempat Kerja
Situasi 22: Pengurus Bekas Banduan
Situasi 23: Bos yang Zalim
Situasi 24: Operator Mesin Cetak yang Malang
Diskusi J: Jadi Bos Kepada Diri Sendiri
Situasi 25: Pekerja yang Boros
Situasi 26: Pekerja Hamil
Diskusi K: Bos yang Ideal Sukar Ditemui
Situasi 27: Juruanalisis Sistem yang Tidak Berpuas Hati
Situasi 28: Peti Sejuk Tahan Lama
Diskusi L: Mencari Tempat Kerja yang Ideal
Situasi 29: Pegawai Yang Terlalu Bergantung Pada Orang Lain
Situasi 30: Diminta Berhenti Tanpa Sebab
Diskusi M: Bergaul Rapat dengan Kakitangan Kita
Situasi 31: CFO yang Gila Bekerja
Situasi 32: Mengubah Kesusahan Menjadi Kesempatan
Epilog



{[['']]}

Ingin Ku Balas Cintamu Ya Rasulullah






Harga  : RM 30.00
Penulis : Ustaz Muhadir Haji Joll
Tebal   : 216 m/s
ISBN  : 978-983-097-405-7


Menjelaskan makna, hukum dan kelebihan mencintai Nabi. Memberikan gambaran kecintaan yang ditunjukkan oleh para Sahabat, tabi;in dan makhluk selain manusia. Memaparkan kesan cinta kepada Nabi SAW dalam kehidupan. Diakhiri dengan bingkisan mengenai kawafatan Nabi SAW yang demikian mendalam cintanya kepada umat. disertakan dua jenis selawat yang menjadi amalan Imam Syafi'i dan amalan untuk bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW.



{[['']]}

Hantu Internet







Harga : RM 5.50
Pengarang : Badrul Hisham Shari @ Pak Cik Bad
Tebal : 40 m/s
ISBN : 978-983-097-442-2
Terbitan : Galeri Ilmu
 Hantu Internet (Komik Godaan Syaitan 12) merupakan himpunan Siri Komik Godaan Syaitan yang popular dalam Majalah Asuh. Karya cetusan idea Pak Cik Bad berwajah santai, berwarna-warni serta padat dengan mesej. Banyak cabaran, dugaan dan godaan yang perlu ditempuhi daripada musuh nombor satu manusia iaitu syaitan.
{[['']]}

Penghasut Nombor 1











Harga : RM 5.50
Pengarang : Badrul Hisham Shari @ Pak Cik Bad
Tebal : 40 m/s
ISBN : 978-983-097-442-2
Terbitan : Galeri Ilmu
 
 
 PENGHASUT NOMBOR 1 (Komik Godaan Syaitan 11) merupakan himpunan Siri Komik Godaan Syaitan yang popular dalam Majalah Asuh. Karya cetusan idea Pak Cik Bad berwajah santai, berwarna-warni serta padat dengan mesej. Banyak cabaran, dugaan dan godaan yang perlu ditempuhi daripada musuh nombor satu manusia iaitu syaitan.






 
{[['']]}

Erti Persahabatan






Harga : RM 5.50
Pengarang : Wan Zayuhisham
Tebal : 40 m/s
ISBN : 978-983-097-440-8
Terbitan : Galeri Ilmu


ERTI PERSAHABATAN (Komik Geng 5A 2) merupakan himpunan cerita daripada siri Komik Geng 5A yang mula mendapat tempat di hati pembaca majalah ASUH selain siri komik popular Godaan Syaitan. Siri kedua kali ini memaparkan kegigihan Geng 5A yang menerajui Kelab Cinta Buku (KCB) untuk terus mengumpul buku-buku sebagai bahan bacaan di Pusat Sumber dan di Pondok Bacaan sekolah mereka. Halangan demi halangan mereka tempuhi, namun mereka tidak pernah berputus asa dan bersedia berdepan dengan apa juga situasi. Kecekalan dan ketabahan mereka banyak didorong oleh Ustaz Mansor, selaku penasihat KCB.
{[['']]}

Ulat Buku






Harga : RM 5.50
Pengarang : Wan Zayuhisham
Tebal : 40 m/s
ISBN : 978-983-097-439-2
Terbitan : Galeri Ilmu

ULAT BUKU merupakan himpunan cerita-cerita daripada siri Komik Geng 5A yang mula mendapat tempat di hati pembaca majalah ASUH selain siri komik popular Godaan Syaitan. Geng 5A mengisahkan lima orang sekawan yang belajar di Sekolah Kebangsaan Sri Astana iaitu Amir, Badrul, Nasri, Anis dan Najwa. Geng 5A ditubuhkan hasil cetusan idea mereka yang mahu menggapai cita-cita mereka memperoleh 5A di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). 
 
Bukan itu sahaja, mereka juga memiliki minat yang sama terhadap buku. Akhirnya mereka menubuhkan Kelab Cinta Buku (KCB) di bawah bimbingan Ustaz Mansor. Tugas mereka bukan mudah apabila sering kali menerima tentangan dan cabaran daripada Kelab Sayang Buku (KSB) yang diterajui oleh rakan sekelas mereka iaitu Radhi.
 
 
 
 
 

{[['']]}

50 Misteri Menggemparkan Dunia













Harga : RM 45.00
Pengarang : Adrie Noor Al-Fatia, Abi Naufal, Andriansyah
Tebal : 400 m/s
ISBN : 978-967-411-021-5 
Terbitan : PTS Millennia Sdn Bhd
 
Dunia ini penuh misteri? Ya. Dunia ini penuh dengan misteri. Fenomena-fenomena alam, tapak, fosil, artifak, dan manuskrip kuno dapat membuatkan kita kagum dan mengundang perasaan tidak keruan.
Kita pasti tertanya-tanya, mengapa, dan bagaimana fenomena-fenomena ini berlaku. Apa sebenarnya dalam fikiran masyarakat, para cendekiawan, dan aristokrat pada masa itu. Segala peninggalan mereka seolah-olah meninggalkan pesanan dan jejak misteri kepada generasi berikutnya supaya dikaji dan dirungkai.

Berpandukan buku ini, penulis berkongsi pemikiran dan menambah sedikit sebanyak ilmu daripada beberapa sumber sudut pandang yang cukup berwibawa dan dapat dipertanggungjawabkan secara keilmuannya. Selain daripada itu, buku ini juga dapat menjadi bahan penambahan sudut pandang yang penulis ketahui dan fahami.

Buku 50 Misteri Menggemparkan Dunia ini turut dihidangkan dengan filem-filem, foto, dan gambar berwarna yang menakjubkan. Bagi memudahkan pembacaan, buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu:

Bahagian 1: Fenomena alam yang penuh misteri.
Bahagian 2: Tapak, artifak, dan fosil penuh misteri.
Bahagian 3: Kejadian luar biasa dalam kita suci dan bukti ilmiah kebenaran Al-Quran.


Isi Kandungan


Pendahuluan
Bahagian 1: Fenomena Alam yang Penuh Misteri
Misteri 1. Fenomena Hujan
Misteri 2. Empat Matahari di China
Misteri 3. Sungai di Bawah Laut
Misteri 4. Pintu ‘Neraka’ Turkmenistan
Misteri 5. Mystery Spot
Misteri 6. Ayat-Ayat Al-Quran Tertulis pada Badan Bayi
Misteri 7. Bola Api Naga Nong Khai
Misteri 8. Awan Misteri di Langit Moscow
Misteri 9. Fenomena ‘Ice Circle’
Misteri 10. Lubang-Lubang Penuh Misteri
Misteri 11. Cahaya Hantu Marfa
Misteri 12. Gravity Hill
Misteri 13. Artifak-Artifak Alam yang Mengagumkan
Misteri 14. Adakah Alien Wujud?
Misteri 15. Batu Bergerak
Misteri 16. Sihir
Misteri 17. Black Hole (Lohong Hitam)
Misteri 18. Air Zamzam Beracun?
Misteri 19. Banjir Darah di Antartika
Misteri 20. Raksasa-Raksasa Kecil yang Menakjubkan
Misteri 21. Apakah Benar Naga Sekadar Mitos?
Misteri 22. Peri: Fakta ataupun Mitos?
Misteri 23. Manusia Berketurunan daripada Monyet?

Bahagian 2: Tapak, Artifak, dan Fosil Penuh Misteri
Misteri 24. Lima Mumia Semula Jadi yang Menakjubkan
Misteri 25. Misteri Ukiran Dinosaur di Kuil Ta Prhom Yang
Misteri 26. Ukiran Cetak Timbul Makhluk Asing di Kuil Mesir?
Misteri 27. Ukiran Helikopter, Kapal Terbang dan Kapal Selam di Kuil Osiris - Abydos
Misteri 28. OOPArts (Out Of Place Artifacts)
Misteri 29. UFO di Lukisan Kuno
Misteri 30. Raja-Raja Mesir Berketurunan Makhluk Asing (Alien)?
Misteri 31. Maria Magdalena ataupun John (Nabi Yahya)?
Misteri 32. Misteri Jenglot
Misteri 33. Lampu Elektrik Mesir Purba
Misteri 34. Bateri Purba Baghdad (Baghdad Ancient Battery)
Misteri 35. Skrol Laut Mati (The Dead Sea Scrolls)
Misteri 36. Merungkai Misteri Segitiga Bermuda
Misteri 37. Kain Kafan Jesus
Misteri 38. Fosil Nabi Nuh: Adakah Sudah Dijumpai?
Misteri 39. Tengkorak Kristal: Apakah ia Penipuan?
Misteri 40. Rahsia di Sebalik Simbol 666
Bahagian 3: Kejadian Luar Biasa dalam Kitab Suci dan Bukti Ilmiah Kebenaran Al-Quran
Misteri 41. Bahtera Nabi Nuh
Misteri 42. Laut Merah Terbelah Dua – Hijrah Nabi Musa
Misteri 43. Ashabul Kahfi
Misteri 44. Kelajuan Cahaya dalam Al-Quran
Misteri 45. Tanda-Tanda Kebesaran Allah Di Segenap Ufuk
Misteri 46. Haman: Fakta ataupun Mitos?
Misteri 47. Banjir pada Zaman Nabi Nuh
Misteri 48. Muhammad dalam Kitab Taurat dan Injil
Misteri 49. Kebenaran Al-Quran Mengikut Perspektif Sains
Misteri 50. Azab Allah Mengikut Perspektif Saintifik
Kesimpulan
Rujukan




 

{[['']]}

Aroma Antara Benua













Harga : RM 48.00
Pengarang : ROZA ROSLAN
Tebal : 472 m/s
ISBN : 978-983-097-407-1
Terbitan : Galeri Ilmu


Buku ini bukan hanya untuk wanita. Bacalah wahai kaum lelaki untuk menyelami rasa halus hati seorang wanita. Mungkin beliau orang yang paling hampir dalam hidup kita! – Prof. Dr. Saadiah Mohamad.
 
Buku ini bercerita tentang hati. Ia mempunyai makna mendalam. Menyediakan makanan untuk keluarga, tetamu atau sahabat handai bermula dari hati bersih. Ia bukan dengan kata semata-mata. Hati yang bersih menjadikan dapur sebagai ruang yang tidak bermasalah. – Prof. Dr. Abdul Khalil H. P. Shawkataly
Berasal dari Segamat, Johor, Roza Roslan atau nama sebenarnya Raudzah binti Roslan merupakan bekas pensyarah di UiTM. Kini berhijrah ke Madinah al-Munawwarah mengikut suami, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, penulis buku best-seller yang sekarang memikul tugas di Universiti Taibah Madinah.
Aroma Antara Benua, adalah kesinambungan daripada buku Bukan Sekadar Resipi yang terbit pada tahun 2012. Karya terbaharu beliau Aroma Antara Benua ini sentiasa dinanti-nanti oleh para pembaca dan peminat beliau.
Sentuhan feminin Roza Roslan dalam setiap karyanya mempunyai kekuatan tersendiri. Pada setiap ceritanya ada pengajaran yang wajar direnungkan bersama.








{[['']]}

Ikan Di Laut Asam Di Darat








 


Harga : RM 30.00
Pengarang : CHEF ADU AMRAN
Tebal : 184 m/s
ISBN : 978-983-097-425-5

IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT ialah sebuah catatan perjalanan kulinari Chef Adu Amran. Ia terbahagi kepada 6 segmen :-

1- Sajian Nasi

2- Sajian Lauk-Pauk

3-Hidangan Sup, Snek, Sampingan dan Pembuka Selera

4- Pemanis Mulut

5- Hidangan Minuman

6- Resepi Bonus : Kaldu

Keseluruhannya mengandungi 61 resepi kreatif Chef Adu Amran. Tip dan ilmu masakan turut diberikan.

Sentuhan seni Chef Adu Amran bukan sahaja pada resepi dan hasil masakannya yang 'first class', tetapi juga pada penulisannya. Terkenal dalam menghasilkan masakan 'fusion', Chef Adu Amran amat menghargai nilai dan budaya masyarakat Malaysia. Justeru selain resepi penulis turut mengadunkan seni pantun dan peribahasa indah di dalam IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT.
{[['']]}
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger