{[['']]}
Harga : RM19.00
Pengarang : Nor Hayati Sapii
Tebal : 276 m/s
ISBN : 978-930-097-349-4
Ramai daripada kita yang berasa tidak bahagia malah kecewa dengan
pasangan suami dan isteri masing-masing. Kadang- kadang, perkara yang
menjadi punca rasa tidak bahagia itu adalah suatu perkara yang kecil
sahaja. Suami pula biasanya banyak complain menangani isteri
yang suka berleter. Saya amat tertarik dengan kata-kata Yang Berbahagia
Ustaz Badli Shah Alauddin dalam satu rancangan televisyen menangnai
isteri yang berleter. Kata beliau, 'Kalau isteri berleter, maknanya dia
sihat!'
Isteri yang sekali sekala dapat berleter akan berasa lega kerana tidak
lagi menyimpan bebanan perasaan, semuanya sudah diluahkan. Alangkah
baiknnya jika suami-suami di luar sana bersetuju dengan kenyataan
ini.Sekurang-kurangnya anggaplah leteran isteri itu sebagai 'pemanis
telinga'. Sesekali, kajilah juga leterannya itu yang mungkin ada asasnya
dan membawa kebaikan. Seseorang isteri tidak akan berleter tanpa sebab.
Kita sering mengeluh dengan ujian yang menimpa, walhal kita boleh
memilih untuk bahagia biarpun di kelilingi pelbagai masalah dan dugaan .
Pilihan di tangan kita sendiri sama ada mahu derita atau mahu bahagia.
Ada orang mempunyai harta yang melimpah, namun tidur malamnya jarang
nyenyak. Pelbagai perkara yang membelenggu fikirannya. Ada orang yang
hidupnya tidak berharta, tetapi malamnya dia boleh tidur nyenyak dan
selesa. Menarik bukan? Itulah sebahagian tanda keadilan Allah. Namun
jarang kita perasaan jika kita renungkan dengan mendalam.
Memilih untuk bahagia adalah buku motivasi. Pelbagai bentuk ujian
manusia. Ujian rumah tangan, ujian saudara-mara, ujian persekitaran,
ujian di tempat kerja, ujian kemiskinan dan lain-lain. Semuanya terletak
pada diri sendiri untuk bertindak mencari kebahagian dan meninggalkan
derita. Asasnya adalah berpegang teguh pada agama Allah.
Post a Comment