{[['']]}
Harga : RM 48.00
Pengarang : ROZA ROSLAN
Tebal : 472 m/s
ISBN : 978-983-097-407-1
Terbitan : Galeri Ilmu
Tebal : 472 m/s
ISBN : 978-983-097-407-1
Terbitan : Galeri Ilmu
Buku ini bukan hanya untuk
wanita. Bacalah wahai kaum lelaki untuk menyelami rasa halus hati
seorang wanita. Mungkin beliau orang yang paling hampir dalam
hidup kita! – Prof. Dr. Saadiah Mohamad.
Buku ini bercerita tentang hati. Ia mempunyai makna
mendalam. Menyediakan makanan untuk keluarga, tetamu atau sahabat handai
bermula dari hati bersih. Ia bukan dengan kata semata-mata. Hati yang bersih
menjadikan dapur sebagai ruang yang tidak bermasalah. – Prof. Dr. Abdul Khalil H. P. Shawkataly
Berasal dari Segamat, Johor, Roza Roslan atau nama sebenarnya Raudzah binti Roslan merupakan
bekas pensyarah di UiTM. Kini berhijrah ke Madinah al-Munawwarah mengikut suami, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, penulis
buku best-seller yang sekarang
memikul tugas di Universiti Taibah Madinah.
Aroma Antara Benua, adalah kesinambungan daripada buku Bukan Sekadar Resipi yang terbit pada
tahun 2012. Karya terbaharu beliau Aroma
Antara Benua ini sentiasa dinanti-nanti oleh para pembaca dan peminat
beliau.
Sentuhan feminin Roza Roslan dalam setiap karyanya
mempunyai kekuatan tersendiri. Pada setiap ceritanya ada pengajaran yang wajar
direnungkan bersama.
Post a Comment