{[['']]}
Harga : RM 35.00
Penulis : Aneesah AliyyahTebal :
ISBN : 978-967-5102-73-8
Terbitan : Telaga Biru
Natasha
merupakan anak sulung Dr. Farid dan isterinya, Puan Hasmah. Dia
mempunyai seorang adik kembar, Aleesha yang berusia 18 tahun. Mereka
berdua melanjutkan pelajaran di Victoria University, Wellington, New
Zealand.
Di Wellington, Natasha bertemu seorang pemuda kulit putih yang berjaya
mengambil hatinya, Jonathan. Jonathan juga sangat tertarik dengan
Natasha, hingga membuatkan dia hendak mengenali Islam. Namun, hubungan
antara benua dan antara agama ini tidak dapat diteruskan kerana Dr.
Farid hendak Natasha dikahwinkan dengan anak kepada rakan karibnya,
Bahar. Sebagai anak yang sangat taatkan orang tuanya, Natasha turutkan
sahaja walaupun dia terpaksa mengorbankan perasaannya. Natasha sering
mendapat igauan tentang kematian. Ternyata igauannya menjadi kenyataan.
Dia memang hendak dibunuh dalam satu kes langgar lari di Wellington,
lantas memaksanya untuk balik ke Malaysia. Di Malaysia, berkat taatkan
orang tuanya, Natasha hidup bahagia di samping suaminya di rumah mereka
yang diberi nama Mahligai Taj Mahal. Namun, kebahagiaan itu hanya
sementara kerana Bahar mati secara tiba-tiba. Kematian Bahar adalah
kematian kedua di mahligai itu. Benarkah dia dibunuh? Atau ia merupakan
satu sumpah di mahligai itu? Mengapa Jonathan muncul selepas kematian
Bahar dan dapatkah dia mengahwini Natasha?
Rakan-rakan Facebook! Anda boleh komen dibawah mengenai buku ini.
Post a Comment