Latest Movie :
Buku Terkini

Ruqyah Jin: Jenis-jenis Jin & Cara Mengatasinya (Best Seller)






Harga = RM 14.90
Muka Surat = 240
Penulis = Zen Muhammad al-Hadi
Penerbit =  Synergy Media


Buku ini menyajikan pelbagai permasalahan yang sering terjadi akibat gangguan dari pelbagai jenis jin jahat,sebab-sebab jin menganggu manusia,tanda-tanda gangguan jin dan yang paling penting bagaimana cara mengatasinya ( pengubatan dengan cara ruqyah).

Buku ini akan membantu anda untuk memahami kewujudan makhluk ghaib yang bernama jin secara benar sesuai dengan Al-Quran dan hadis. Dengan membaca buku ini,dengan izin Allah SWT anda dapat mengatasi setiap permasalahan yang disebabkan oleh gangguan jin jahat dengan betul.

Jika anda atau ahli keluarga sedang mengalami gangguan jin atau sekadar ingin mendapatkan pengetahuan  tentang makhluk ghaib tersebut,buku ini tepat untuk anda miliki.




{[['']]}

Surah Yasin, Tahlil & Doa







Harga = RM 2.50
Penerbit =  Al-Shafa


Kandungan Lain

* Doa Yasin Malam Nisfu Sya;aban
* Doa Selamat
* Doa Pelajar
* Doa Perpisahan
* Doa Akhir Tahun & Awal Tahun
{[['']]}

Surah Yasin Dan Tahlil - Tulisan Jawi






Harga = RM 2.80
Muka Surat: 60
Penerbit =  Al-Hidayah Publication

 

{[['']]}

Surah Yaasin Tahlil & Doa






Harga = RM 2.50
Muka Surat: 74
Penerbit =  Al-Hidayah Publication


Kandungan Lain

* Doa Yaasin
* Tahlil Arwah
* Doa Hajat
* Doa Penutup
{[['']]}

Surah Yasin Dan Tahlil Doa Yasin dan Doa Tahlil






Harga = RM 2.50
Muka Surat: 72
Penerbit =  Al-Hidayah Publication


ISI KANDUNGAN
 
1. Memulakan Membaca Yaasiin dan Tahlil Arwah 1
2. Fatihah Membaca Surah Yaasiin 3
3. Surah Yaasiin 9
4. Doa Selepas Membaca Surah Yaasiin 26
5. Kaifiat Tahlil 30
6. Tahlil Arwah 36
7. Doa Arwah / Tahlil 40
8. Doa Penutup 45
9. Tahlil Ringkas 46
10. Doa Selamat 50
11. Doa Yaasiin Malam Nisfu Syaaban 52
12. Doa Akhir Tahun 54
13. Doa Awal Tahun 55
14. Doa Perpisahan 57
15. Doa Mohon Keluasan Rezeki (Selawat Al-Fatih) 58
16. Doa Tolak Bala 59
17. Doa Menjauhi Wabak Penyakit 60
18. Selawat Tafrijiah - Mohon Segala Hajat Dikabul Allah 61
19. Doa Ringkas di Majlis Kesyukuran 62
20. Doa Menuntut Ilmu 63 21. Doa Penerang Hati 64
22. Doa Agar Ditetapkan dan Dikuatkan lman 64
23. Doa Ketika Ditimpa Kesusahan 65
24. Sayyidul Istighfar - Penghulu Seniva Istighfar 65
25. Qunut Nazilah 66
26. Doa Setelah Selesai Belajar 67
27. Doa Musafir, Berpindah dan Naik Kenderaan 68
{[['']]}

Surah Yasin Terjemahan Tahlil dan Doa






Harga = RM 1.45
Muka Surat: 80
Penerbit =  Al-Hidayah Publication

Kandungan Lain
* Doa Selamat
* Doa Akkhir & Awal Tahun
* Selawat Tafrijiyah
* Doa Menjauhi Wabak Penyakit
* Doa Keluasan Rezeki
* Doa Nabi Yunus
{[['']]}

Surah Yasin Dan Tahlil







Harga = RM 2.45
Muka Surat: 80
Penerbit =  Al-Hidayah Publication


Kandungan Lain

* Doa Yasin
* Doa Selamat
* Doa Nisfu Syaaban
* Doa Awal Tahun
* Doa Akhir Tahun
* Doa Tolak Bala
* Qunut Nazilah
* Kaifiat Tahlil


{[['']]}

Surah Yasin Al-Mulk






Harga = RM 5.00
Muka Surat: 69
Penerbit =  Al-Hidayah Publication


Kandungan Lain

* Surah Yasin & Fadhilatnya
* Doa Yasin
* Surah Al-Mulk & Fadhilatnya
* Tahlil & Doa Tahlil
* Wirid Selepas Sembahyang
* Doa Selepas Sembahyang
* Doa Hajat
* Doa Selamat
* Doa Penutup
* Amalan Harian

{[['']]}

Al-Quran Uthmani 12 x 17 cm






Harga = RM 20.00
Muka Surat: 604
Penerbit =  Al-Hidayah Publication
{[['']]}

Mushaf Tajwid Terjemahan Zip 12 x 17(B.Melayu)







Harga = RM 69.00
Muka Surat: 624
Penerbit =  Al-Hidayah Publication

 

 

 

{[['']]}

Mushaf Al--Fattah - 15 X 20 CM -QH 10002 -AHQ







Harga = RM 35.00
Muka Surat: 709
Penerbit =  Al-Hidayah Publication


{[['']]}

Al-Quran Zip 2 Colour 10 x 15 cm






Harga = RM 16.00
Muka Surat: 604
Penerbit =  Al-Hidayah Publication
{[['']]}

Al-Quran Uthmani Sponge Emas 19 x 27






Harga = RM 39.90
Muka Surat: 604
Penerbit =  Al-Hidayah Publication



{[['']]}

Al-Quran Uthmani Kulit Tebal 19 x27 Emas






Harga = RM 40.00
Muka Surat: 602
Penerbit =  Al-Hidayah Publication





{[['']]}

Surah Yasin Terjemahan Tahlil Dan Doa Sedang






Harga = RM 1.90
Mukasurat =80
Penyusun : Dr.Hj.Johari Hj.Alias
Penerbit = Al-Hidayah Publication


Kandungan Lain

* Doa Selamat
* Doa Akhir & Awal Tahun
* Doa Perpisahan
* Doa Tolak Bala
* Selawat Tafrijiyah
* Doa Menjauhi Wabak Penyakit
* Doa Keluasan Rezeki
* Doa Nabi Yunus
{[['']]}

Surah Yaasin Dan Tahlil Kecil







Harga = RM 1.50
Penerbit =  Al-Hidayah Publication




{[['']]}

AGAR SEMUA HAJATMU DIMAKBULKAN ALLAH SWT






Harga = RM 21.90
Mukasurat = 232
Penulis = Ustaz Rachmat Ramadhana Al-Banjari
Penerbit = Synergy Media


 Seorang wanita yang ingin mempunyai cahaya mata, hendaklah ia berpuasa selama tujuh hari dan membaca “Ya Khaliq, Ya Bari’ dan Ya Mushawwir” (sebelum sahur dan berbuka) sebanyak 367 kali kemudian menghembuskan nafas ke dalam makanan dan minumannya. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

“Allah SWT mempunyai Asma-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat Allah SWT), maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asmaul Husna itu.” (Surah Al-A’raf :180)

Jadi, apa tunggu lagi? Segera dapatkan buku ini di pasaran selagi stok masih ada!



{[['']]}

100 Cerita Teladan Tokoh Besar Islam







Harga = RM 25.90
Mukasurat = 168
Penulis = Muhammad Sa’id Mursi
Penerbit = Synergy Media



Asuhan awal kanak-kanak sangat penting dalam membentuk akhlak dan keperibadian mereka. Sumber bacaan merupakan asas penting dalam memberikan ilmu kepada anak-anak. Didikan awal memberikan mereka pendedahan tentang pentingnya menuntut ilmu, sekali gus menarik minat mereka.

Buku 100 Cerita Teladan Tokoh Besar Islam mengandungi 100 kisah teladan dari para tokoh yang sarat dengan hikmah dan teladan mulia. Tokoh-tokoh yang diceritakan merupakan orang yang sentiasa melakukan sikap terpuji. Mereka sanggup berkorban demi melihat kebahagiaan orang lain. Rela berkorban jiwa, harta, berani dan sabar.

Buku ini banyak menerapkan nilai-nilai murni yang ada pada tokoh-tokoh yang diceritakan. Ia merupakan panduan dan boleh dijadikan contoh berguna kepada anak-anak.

Dapatkan segera sebelum terlambat!!!
 


{[['']]}

160 DOA LENGKAP MUSTAJAB DARI AL-QURAN DAN AS-SUNNAH






Harga = RM 15.90
Mukasurat = 128
Penulis = SA’ID B. ALI WAHAF AL-QAHTHANI
Penerbit = Synergy Media


Doa merupakan salah satu senjata bagi setiap permasalhan yang tidak pernah lekang dari bidup manusia. Sesungguhnya manusia tidak pernah terlepas dari ujian dan godaan. Berdoa memiliki banyak manfaa selain mendapatkan pahala dan mengikuti sunah Rasulullah SAW. Diantaranya ialah menghilangkan kegelisahan, mengusir gangguan jin dan syaitan, mengubati pelbagai penyakit, membuka pintu rezeki, menjauhi diri dari api neraka dan lain-lain.

Buku yang dimuatkan dengan doa-doa yang diambil dari Al-Quran dan As-Sunah ini akan memudahkan anda untuk berdoa dan mengambil manfaat darinya. Semoga Allah SWT mengabulkan doa kita. Amin….

Jadi, apa tunggu lagi? Segera dapatkan buku ini di pasaran selagi stok masih ada!








{[['']]}

99 KIsah Dari Asmaul Husna






Harga = RM 32.50
Mukasurat = 172
Penulis = Al Fakir Sesetyo
Penerbit = Synergy Media


Allah SWT mempunyai banyak nama indah dan disebut dengan “Asmaul Husna” yang berjumlah 99. Asmaul Husna bererti nama-nama, sebutan atau gelaran Allah SWT yang baik dan agung sesuai dengan sifat-sifatnya.

Buku 99 Kisah Dari Asmaul Husna mengandungi kisah-kisah yang dipetik dari nama-nama Allah SWT yang agung. Kisah-kisah tersebut dipilih dan disesuaikan dengan asmaul husna supaya anak-anak dapat melahirkan rasa cinta kepada Allah SWT dan bertauhid kepada-Nya. Bukan hanya menghafal, buku ini akan menjadikan anak-anak semakin faham keesaan Allah SWT.

Buku ini sangat sesuai untuk anak-anak, sekali gus memberikan pendedahan awal kepada mereka tentang 99 nama dan sifat Allah SWT.

Dapatkan dengan segera!!! Tidak rugi demi untuk memberi ilmu kepada anak-anak anda.




{[['']]}





Harga = RM21.90
Mukasurat = 120
Penulis = Muhammad Abduh Maghawiri
Penerbit = Synergy Media


Pendidikan awal kanak-kanak sangat penting dalam membentuk jatidiri mereka agar nanti mereka menjadi insan yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat dan Negara. Didikan sempurna akan melahirkan anak-anak yang sihat dari segi mental dan fizikal.

Buku 50 Cerita Waktu Tidur Anak merupakan sebuah buku cerita teladan yang sangat baik untuk pendidikan awal kanak-kanak. Buku ini mengandungi banyak kisah menarik Husnul Khatimah dan Suul Khatimah yang boleh dijadikan contoh terbaik untuk anak-anak. Di samping itu, buku ini dapat member pengajaran kepada pembaca.

Dengan adanya buku ini, anak-anak akan mendapat satu input berguna dalam membentuk akhlak mereka menjadi seorang yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti.

Ayuh!!! Dapatkan segera.




{[['']]}

20 Cerita Teladan (Buku 2)






Harga = RM39.50
Mukasurat = 204
Penulis = Tim Gema Insani
Penerbit = Synergy Media


Asuhan awal kanak-kanak sangat penting dalam membentuk akhlak dan keperibadian mereka. Sumber bacaan merupakan asas penting dalam memberikan ilmu kepada anak-anak. Sumber bacaan yang baik dapat member manfaat can contoh yang baik kepada anak-anak.

Buku 20 Cerita Teladan (Buku 2) mengandungi kisah-kisah perjalanan hidup junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh Allah SWT sebagai pemberi khabar gembira dan sebagai pemberi hidayah kepada seluruh umat manusia. Di samping itu, buku ini juga mengisahkan tentang dakwah Nabi Muhammad SAW, kisah peperangan umat Islam menentang orang kafir yang boleh dijadikan iktibar.

Buku ini sangat berguna kepada anak-anak dalam menimba ilmu sejak kecil lagi. Dengan pendedahan tentang kisah Nabi Muhammad SAW ini, secara tidak langsung akan dapat membentuk akhlak terpuji anak-anak.

Jangan tunggu lagi!!! Dapatkan buku ini dengan segera.




{[['']]}

20 Cerita Teladan (Buku 1)






Harga = RM39.50
Mukasurat = 204
Penulis = Tim Gema Insani
Penerbit = Synergy Media


Asuhan awal kanak-kanak sangat penting dalam membentuk akhlak dan keperibadian mereka. Sumber bacaan merupakan asas penting dalam memberikan ilmu kepada anak-anak. Sumber bacaan yang baik dapat member manfaat can contoh yang baik kepada anak-anak.

Buku 20 Cerita Teladan (Buku 1) mengandungi kisah-kisah perjalanan hidup junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh Allah SWT sebagai pemberi khabar gembira dan sebagai pemberi hidayah kepada seluruh umat manusia. Di samping itu, buku ini juga mengisahkan tentang dakwah Nabi Muhammad SAW, kisah tentera bergajah dan burung ababil, para sahabat dan banyak lagi.

Buku ini sangat berguna kepada anak-anak dalam menimba ilmu sejak kecil lagi. Dengan pendedahan tentang kisah Nabi Muhammad SAW ini, secara tidak langsung akan dapat membentuk akhlak terpuji anak-anak.

Jangan tunggu lagi!!! Dapatkan buku ini dengan segera.





{[['']]}

Ketika Melafazkan Tiada Tuhan Melainkan Allah






Harga = RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 219
Penulis = Zainudin Hashim
Penerbit = Kemilau Publika


Buku 'Allah Is Calling' yang telah diterbitkan sebelum ini telah memaparkan kisah beberapa orang insan yang telah dianugerahkan hidayah dari Allah. Hidayah yang diterima telah mengubah cara hidup mereka dengan berlandaskan Islam berbanding sebelumnya. Justeru, kali ini, juga akan menceritakan kisah insan lain yang turut menerima hidayah Allah. Naskah ini juga akan berusaha untuk mendedahkan kedua-dua perbezaan maksud antara dua perkataan yang sinonim dengan orang bukan Islam dan mereka yang cenderung kepada Islam iaitu ‘taufiq’ dan ‘hidayah’.

Hal ini supaya para pembaca dapat membuat penilaian secara bijak bagaimana seseorang itu dikurniakan kepadanya taufiq terlebih dahulu sebelum mendapat hidayah daripada Allah . Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab, malah ada berbagai-bagai cara yang antara satu sama lain tidak sama.

Ikutilah kisah menarik para muallaf yang datang daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman.



{[['']]}

Sentuhlah Jiwamu dengan Ayat-ayat Cinta Allah






Harga = RM13.00 (Sem) RM15.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 192
Penulis = Selamat Amir
Penerbit = Kemilau Publika


Ayat-ayat cinta-Nya…
Membuat Hidup Penuh Makna..
Damai Jiwa, Tiada Duka dan Lara..
Membalut Luka Lama..
Dengan Lilitan Cinta Tiada Tara…
Moga Istiqamah Berselimut Mujahadah..
Kerana Manisnya Syurga Yang Tiada Dua..
 
Sentuhlah jiwamu dengan ayat-ayat cinta Allah merupakan sebuah nukilan daripada seorang penulis muda yang menjelaskan mengenai kalimat-kalimat al-Quran yang ringkas, namun mampu menjadi motivasi kepada manusia yang berpegang kepadanya. Ini kerana, walaupun ringkas, namun ia mempunyai maksud tersirat yang panjang. Ianya menusuk sanubari sesiapa yang berpegang padanya.
 
“Peganglah kedua-dua tanganmu sekuat-kuatnya dengan tali Allah SWT,
Sesungguhnya ia adalah satu-satunya sandaran buatmu
Dan biarkan sandaran-sandaran yang lain melepaskanmu
Dan yakinlah apa yang datang dan pergi darimu itulah yang terbaik buatmu”



{[['']]}

kavermorsi Mohammed Morsi: Khilafah Islam Kembali bermula di Bumi Kinanah (Mesir)






Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 374
Penulis = Zainudin Hashim
Penerbit = Kemilau Publika


Prof. Dr. Mohammed Morsi adalah salah seorang hamba Allah SWT yang dikehendaki-Nya untuk menjadi khalifah (pemimpin) di bumi Kinanah (Mesir). Beliau berusaha untuk menghadirkan kembali etika dan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. yang dirindui oleh penduduk negeri Kinanah (Mesir) bahkan seluruh umat Islam di zaman milenium ini. Beliau diharapkan oleh kaum Muslimin untuk menzahirkan firman Allah SWT yang berbunyi, “Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar dan mereka meyakini ayat-ayat Kami.” [ Surah as-Sajadah : 24]

Lahir di Kampung Al-Adawah daerah Asy-Syarqiyah, sebuah wilayah pertanian di bahagian Timur Mesir dengan pelbagai amalan agama yang menjadi tradisi secara turun- temurun, menjadikan Mohammed Morsi tumbuh kembang dalam tradisi dan warna agama yang bersinar dalam dirinya sejak kecil lagi. Meskipun beliau hidup dalam kesederhanaan kerana bapanya hanyalah seorang petani dan ibunya  seorang suri rumah tangga, semua itu tidak menjadi halangan bagi beliau untuk mencapai cita-cita besarnya iaitu menjadi manusia yang berguna kepada negara dan agamanya.

Seperti kebiasan anak-anak Mesir yang lain, sejak kecil, Mohammed Morsi dibawa ibu bapanya ke Kuttab (surau kampung) untuk menghafal ayat-ayat al-Quran yang disemak oleh seorang syeikh. Kebiasaan itu diteruskan sehingga beliau dapat menghafal 30 juzuk. Pada masa yang sama, beliau juga belajar pendidikan formal. Mohammed Morsi membesar secara kebiasaan, bersifat seperti masyarakat desa yang jujur, taat beribadat, sangat menjiwai nilai-nilai agama Islam yang menjadi semangat hidup dan kehidupan keluarganya serta masyarakat desa Mesir pada umumnya. 

Dalam dirinya terdapat sikap beragama yang tegak lurus di atas nilai-nilai keseimbangan di antara ucapan dan tindakan. Beliau juga mempunyai amalan zikir yang bersamaan dengan fikir serta menerapkan syariat yang senafas dengan semangatnya. Mohammed Morsi sejak kecil mencontohi Hasan al-Banna iaitu seorang yang istiqamah menjalankan syariat Allah SWT serta pada masa yang sama beliau adalah pembela agama yang teguh. Dua sifatnya iaitu pengamal syariat yang konsisten dan pembela agama yang utuh telah membentuk sifat Mohammed Morsi menjadi seorang yang bijak, tegas membela mereka yang dipinggirkan dan membela kaum Mustadafin (lemah dan dilemahkan). Pada masa yang sama, beliau sangat taat beribadat kepada Allah SWT.

Buku ini mengulas perihal keperibadian Mohammed Morsi juga sinar Khilafah Islam yang akan kembali gemilang.




{[['']]}

Zikir Ibu Mengandung






Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 192
Penulis = Muhammad Mahmud
Penerbit = Kemilau Publika

Di saat kehamilan, seorang ibu akan mengalami perubahan-perubahan psikologi. Kegelisahan dan kecelaruan biasanya menghampiri. Apatah lagi, ibu itu mengandung anak sulung. Faktor tekanan jiwa atau stress yang mungkin menjadi masalah tersendiri baginya.

Tapi usah bimbang, jangan khuatir, sebagai seorang muslimah kita mempunyai tips tersendiri untuk mengatasi semua itu. Antara caranya adalah dengan membanyakkan zikir kepada Allah dengan zikir yang sunnahkan. Dengan cara begitu hari-hari ketika mengandung akan terasa lebih bermakna.

Buku ini juga dilengkapi dengan pengetahuan soal pahala yang akan diberikan oleh Allah kepada ibu mengandung. Ini sangat menarik untuk dikaji dan didalami, kerana setiap hembusan nafas ibu yang mengandung dapat memberatkan amalnya di akhirat kelak.

Semoga kita semua diberikan Allah keberkatan dalam setiap usaha kita menjadi insan yang bertaqwa.




{[['']]}

Wanita Juga Boleh Berbisnes






Harga = RM16.00 (Sem) RM19.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 179
Penulis = Muhammad Abu Syauqi Banna
Penerbit = Kemilau Publika


Wanita sering dihadapkan pada dua sudut ekstrem yang dilihat menjerumuskan mereka pada keadaan yang wajib untuk memilih. Di satu sudut, ia patut berada di rumah untuk mengurus anak-anak, mengelap lantai, mencuci pakaian dan tidak boleh keluar rumah. Akibatnya, hak-hak mereka sebagai hamba Allah ada yang tidak sempurna. Mereka tidak mendapatkan pendidikan yang baik, pergaulan yang semestinya serta potensi diri yang terbatas.

Di sudut lain, kita menyaksikan para wanita berkeliaran bebas tanpa ikatan. Waktu kerja dari pagi hingga malam, membuat mereka tidak pernah mempedulikan anak-anak. Bila gaji mereka jauh lebih besar daripada lelaki, membuat mereka -kadang-kadang ego dan kehilangan rasa hormat terhadap suami.

Islam memberikan begitu banyak petunjuk tentang orbit wanita dalam sistem hidup ini. Menurut tuntunan Rasulullah, Islam sebagai agama yang amat memerhatikan masalah keseimbangan, menegaskan bahawa wanita adalah pendamping lelaki dalam usaha menegakkan kalimat Allah. Jika hendak diumpamakan, wanita dan lelaki laksana dua bintang yang berada pada orbit yang berbeza. Namun keduanya memiliki peranan yang sama dalam menentukan kesimbangan bagi jagat ini.

Buku ini menukilkan gambaran cara berbisnes seperti yang ditunjukkan wanita solehah sesuai sepanjang zaman. Selamat membaca!



{[['']]}

Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit






Harga = RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 165
Penulis = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Kemilau Publika


Tiada yang menafikan bahawa sihat adalah faktor kejayaan. Bahkan, sihat adalah tiang utama kejayaan itu sendiri. Walaupun ada juga orang yang berjaya dengan mempunyai penyakit, namun orang yang sihat ‘jauh lebih mungkin’ untuk melakukan suatu impian yang tidak boleh dilakukan oleh orang sakit. Itulah rahsia sebuah kata-kata hikmah yang berbunyi “Orang sihat boleh mempunyai seratus keinginan, namun orang sakit hanya mempunyai satu keinginan”.

Sihat fizikal semata ‘bukan jaminan’ kesejahteraan di muka bumi. Bahkan, sihat fizikal yang tidak diimbangi sihat rohani, sihat sosial dan sihat emosi intelektual nyata membawa malapetaka kehancuran. Firaun, Hitler, Gengis Khan adalah individu yang sihat gagah perkasa namun justeru menjadi magnet kehancuran di muka bumi ini.

Rasulullah telah menunjukkan cara agar ‘Sihat Holistik’ untuk kita.  Ketika kita tercari-cari ‘nawaitu’ mempelajari tiang memperoleh kesihatan maka pintu-pintu kesihatan telah terbuka; dan kita boleh merawat sakit yang acapkali hadir.  Ataupun kita dapat meminimakannya. Cara mana yang lebih baik dari cara yang telah diajarkan oleh Rasulullah? Kami yakin, anda orang bijak untuk menuju sihat itu sendiri.

Buku ini juga mendapat sentuhan daripada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau sempat berkongsi tips kesihatan dan pengalaman beliau merasai sakit yang panjang kepada kita semua.



{[['']]}

Travelog Budak Mentah







Harga = RM19.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat =
Penulis = Hafizul Faiz
Penerbit = Kemilau Publika



"Setiap yang tua pernah muda, namun setiap yang muda tidak semestinya tua. Perjalanan hidup punya cerita yang berbeza bagi setiap manusia meskipun datangnya mereka daripada sulbi yang satu iaitu Nabi Adam dan Hawa a.s.    Hafizul Faiz anak muda gigih, membaca, memikir dan menulis setiap yang dilaluinya. 

Jujur berkongsi dan jelas hala fikirnya, bukan semua orang sudi berkongsi cerita, apatah lagi cerita dirinya sendiri... namun untuk dakwah, untuk perkongsian beliau mengambil jalan yang jarang dipilih oleh rakan seusianya malah mungkin yang berganda usia daripadanya."

- Zahiruddin Zabidi, Editor Institut Terjemahan & Buku Malaysia, penulis novel Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abad, Aminah: Cinta Puteri Quraisy, Nian Hati Salsabila, Fatimah: Kisah Puteri Nabi, Surat Untuk Carolynn Josephine.






{[['']]}

Tafsir al-Quran; Surah Pilihan







Harga = RM17.00 (Sem) RM21.00 (Sab/Swk) 
Mukasurat = 200
Penulis = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Kemilau Publika



Kupasan tafsir Al-Quran ini amatlah penting untuk kita fahami erti dan susunannya dalam 6,000 lebih patah perkataannya ini. Para alim dan ulama’ handalan amatlah mengambil-berat tentang segala-galanya mengenai Al-Quran. Segenap segi membawa maksud yang penting.

Di dalam agama lain, seperti Kristian misalnya, tiada seorang pun antara paderi mereka yang mengambil tahu segenap pembilangan di dalam Kitab Injil serta juzuk-juzuk yang terkandung di dalamnya. Tetapi, dalam Islam semua usaha dijanjikan ganjaran pahala disisi Allah SWT. Maka para ulama’ serta ilmuan Islam mengambil kira malah memberatkan pemahaman tafsir dan makna dalam hal-hal yang tersebut.

Tok Guru cuba menerangkan kepada kita jalan kebahagiaan dan kesejahteraan, juga faktor-faktor kebinasaan dan kesengsaraan manusia. Hubungan baik kekeluargaan dan kemasyarakatan, masalah-masalah hukum dan akhlak, keperluan-keperluan jiwa dan raga, tugas-tugas individu dan sosial, adat istiadat yang benar dan yang menyimpang di dalam masyarakat manusia.

Walaupun di dalam Al-Quran disebutkan juga kisah-kisah tentang kaum-kaum terdahulu, berbagai peristiwa peperangan dan pertempuran, sejarah kehidupan manusia-manusia, baik lelaki maupun perempuan, namun Al-Quran bukanlah sebuah buku cerita, melainkan kitab pengajaran bagi kehidupan kita masakini. Tok Guru mengaitkan dengan contoh-contoh setempat dan sesuai dengan masyarakat negara ini.

Wajarlah buku ini miliki oleh kita semua seperti belajar terus dari Tok Guru. Mudah-mudahan ada manfaat.



{[['']]}

Fadzil Noor: Dia Guru Dia Kawan






Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk) 
Mukasurat = 261
Penulis = Subky Abdul Latif
Penerbit = Kemilau Publika



FADZIL NOOR, dia guru, dia kawan; adalah satu catitan ringkas, satu pandangan peribadi dan satu ingatan semula mengenai Fadzil Noor sebagai kawan dan yang boleh dianggap guru. Buku ini bukan satu sejarahnya, bukan biografinya, bukan ajaran dan pemikirannya, tetapi adalah satu kumpulan pengalaman bagi mengenali beliau secara umum sepintas lalu. 

Biar sejarahnya dirakam oleh para sejarawan, ajaran dan pemikirannya dikaji dan dianalisis oleh para propagandis zaman dan orang-orang yang lebih dekat dengannya. Moga–moga para pengkaji dan peminatnya dapat memanfaatkan catatan ini sebagai persiapan awal untuk menghasilkan rakaman khazanah peninggalannya yang lebih besar dan bernilai. 

Paling penting di sini ialah Ustaz Fadzil Noor mesti dikenali oleh orang-orang yang hidup sezaman dengannya dan mereka yang tahu nama tetapi tidak sempat mendekatinya serta belum dilahirkan semasa beliau pergi dulu. Menerusi buku ini generasi terkemudian akan mengetahui kehadiran seorang putera besar di dunia yang bernama Fadzil Mohd. Noor.



{[['']]}

Mauizhah: Catatan Bimbingan dari Seorang Guru







Harga = RM34.90 (Sem) RM36.90 (Sab/Swk) - Kulit Keras
Mukasurat = 499
Penulis = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Kemilau Publika


Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim, seorang alim bernama Fatah al-Maushili rahimahullah telah mengemukakan pertanyaan kepada muridnya: "Benarkah seorang pesakit akan mati jika tidak dirawat dan tidak diberi makan minum?"

"Benar katamu wahai tuan guru." Jawab murid-muridnya. Berkata Fatah al-Maushili seterusnya: "Demikian juga hati manusia jika disekat selama tiga hari daripada menerima ilmu dan hikmah, pasti ia akan mati." 

Yang dimaksudkan dengan ilmu itu ialah syariat yang  menjelaskan hukum-hakam dan peraturan Allah SWT. Sementara hikmah ialah kebijaksanaan menggunakan ilmu tersebut untuk menghubungkan diri dengan Allah SWT dan hubungan dengan sesama manusia. 

Jasad dan tubuh manusia akan mati jika keperluan makan minumnya disekat, demikian juga rohani (jiwa) manusia akan mati jika tidak diberi ilmu dan hikmah yang menjadi santapannya. 

Oleh itu, ilmu adalah penting dalam kehidupan manusia, setiap manusia yang mengajar dan belajar ilmu akan mendapat manfaat masing-masing di dunia dan akhirat.
Hayati bimbingan Tok Guru agar kita lebih belajar tentang hidup ini.




{[['']]}

Propagandis Zaman







Harga = RM39.00 (Sem) RM42.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 641
Penulis = Subky Abdul Latif
Penerbit = Kemilau Publika


PROPAGANDIS ZAMAN adalah Memoir Kewartawanan-2; lanjutan daripada Memoir Kewartawanan-1: ANAK APAK yang menceritakan perjalanan keluarga dan dunia saya dalam hidup di alam pra-pekerjaan; mengenai dunia kanak-kanak musim Jepun, alam persekolahan pasca pemergian Jepun dan sewaktu kedatangan semula ketuanan penjajah Inggeris, usia remaja serta pasca kemerdekaan tanah air, dan kemerdekaan negara yang pertama di dunia yang dicapai melalui rundingan. 

Propagandis Zaman adalah siku dan liku memasuki hidup dalam alam pekerjaan. Dengan iradat Allah saya menceburkan diri ke dunia persuratkhabaran dan saya menjadi karyawan media akhbar. Dunia karyawan awal yang saya lalui ialah dunia kewartawanan Melayu yang pernah dilalui oleh Munsyi Abdullah dan Abdul Rahim Kajai. Mereka bukan sekadar pemberita yang mencatatkan kejadian di zamannya tetapi wartawan dan penulis yang berstatus propagandis zaman masing-masing.

Warna-warni bergelumang dalam dunia surat khabar dan kewartawanan adalah satu kehidupan manis yang mencorakkan kehidupan saya sebagai seorang manusia selepas meninggalkan sekolah. Di situlah sekolah kehidupan saya. Moga-moga diperkenan Allah agar memoir ini ada sumbangannya kepada pembaca.




{[['']]}

Dilema Aurat Wanita ketika Bersalin; Fardu kifayah yang terabai






Harga = RM16.00 (Sem) RM19.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 224
Penulis = Dr. Zaharudin Mohammad
Penerbit = Kemilau Publika


Bidang sakit puan dan perbidanan merupakan satu bidang yang sangat mulia dan mencabar serta memerlukan pengorbanan yang tinggi daripada semua pihak. Khususnya umat Islam di negara kita. 

Isu kekurangan doktor Muslimah dalam bidang sakit puan dan perbidanan telah menjadi barah yang kronik dan serius yang memerlukan perancangan jangka panjang berteraskan syariat Islam. Pelbagai pihak seharusnya bekerjasama untuk merealisasikan masalah fardu kifayah ini.

Hasil tulisan daripada buku ini yang bersifat unik, komprehensif, komtemporari dan penuh dengan ‘evidence-based’ perubatan Islam telah memberikan kefahaman yang mendalam berlandaskan syariat Islam di dalam bidang sakit puan dan perbidanan. Terutamanya kepada pesakit, doktor Muslimah dan bakal para doktor.

Penulis buku ini juga telah berjaya mengulas isi-isi penting bermula daripada asas pengenalan hinggalah kepada jalan penyelesaian. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman pembaca untuk mengaplikasikan holistic approach in Islamic way of life dalam bidang perubatan. Khususnya bidang sakit puan dan perbidanan.
{[['']]}

Kusaksikan Keajaiban Tanah Suci






Harga = RM12.00 
Mukasurat = 115
Penulis = Roslan Hamid
Penerbit = Kemilau Publika


“Labbaikallahumma Labbaik, Labbaikala Syarika Laka Labbaik, Innal Hamda Wan Nikmata Laka Wal Mulk, La Syarika Laka.”

Panggilan ke Tanah Suci begitu menusuk hati. Hanya mereka yang sudah pergi dapat merasakan kenikmatannya. Demikian juga gamitan dan kerinduan untuk datang lagi. Tidak hairanlah ada yang berpeluang mengunjungi tempat mulia ini berulang kali.

Perjalanan ke Tanah Suci meruntun perasaan. Sungguh syahdu. Mereka yang terpilih menjadi tetamu istimewa undangan Allah merasakan diri mereka sentiasa berada di bawah lindungan Allah. Sejak bertolak dari rumah, seterusnya menaiki kenderaan ke lapangan terbang, ketika dalam penerbangan, berada di Makkah dan Madinah sehinggalah kembali semula ke rumah dan kampung halaman.

Bagi penulis, pengalaman dan catatan perjalanan ini perlu dibukukan. Setiap yang berlaku dirakam dalam memori dan mahu dikongsikan kerana ia begitu signifikan untuk dikenang.




{[['']]}

JIN: Hakikat & Pengubatan






Harga = RM34.90 (Sem) RM36.90 (Sab/Swk) - Kulit Keras
Mukasurat = 198 (Berwarna Penuh)
Penulis = Dato' Hj. Ismail Kamus
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd


Walapun tidak dapat dilihat tetapi ia sebenarnya wujud. Malah ia sentiasa berlegar di sekeliling kehidupan kita. Ada yang dalam bentuk asalnya dan ada juga dalam bentuk jelmaan atau samaran. Paling hampir ialah qarin iaitu jin pendamping diri kita sendiri.

Banyak aktiviti dalam masyarakat kita yang dikaitkan dengan jin. Antaranya sihir, santau dan sesetengah perubatan tradisional yang menggunakan kaedah "menurun". Kebanyakan penyakit misteri yang tidak dapat dikesan oleh doktor dikatakan disebabkan oleh jin. 
 
Begitu juga masalah histeria dan kerasukan yang sering terjadi pada kaum wanita dikatakan disebabkan jin yang masuk ke dalam jasad wanita tersebut.Apakah hubung kait jin dengan kehidupan manusia? Apakah gejala yang dikatakan berpunca daripada jin tanda permusuhan mereka dengan kita? Apa pula senjata pertahanan kita untuk berhadapan dengan mereka? Banyak perkara yang anda perlu tahu tentang jin yang dipaparkan dalam buku Jin: Hakikat dan Pengubatan ini.
- Penerbit

Asal Usul Kejadian Jin
Perbezaan Jin & Syaitan
Apakah Itu 'QARIN'?
Hukum Meminta Perlindungan Jin

KANDUNGAN

Bab 1: Asal Usul Jin
Bab 2: Jin, Iblis Dan Syaitan
Bab 3: Sifat & Tabiat Jin
Bab 4: Hubungan Jin Dengan Allah
Bab 5: Hubungan Jin Dengan Manusia
Bab 6: Kekuatan Jin
Bab 7: Permusuhan Syaitan Terhadap Manusia
Bab 8: Kerasukan
Bab 9: Sihir
Bab 10: Pengubatan Kerasukan Dan Sihir
Bab 11: Petua Menghindar Jin, Syaitan Dan Sihir







{[['']]}

Soal Jawab Muda Mudi Tentang Percintaan Dan Pertunangan : Antara Halal Dan Haram





 
Harga = RM18.00
Mukasurat = 169
Penulis = Juraish Kamaruddin Al-Muhami
Penerbit = Darul Minhaj Publisher
 
Buku ini menerangkan hukum-hakam percintaan dan pertunangan yang memuatkan lebih daripada 100 soalan berserta jawapan. Ia ditulis dengan gaya bahasa yang santai dan bersahaja berpaksikan konsep 'mesra muda-mudi'. Bercinta bukanlah satu kesalahan, tapi anda perlu tahu cara, adab dan batasnya. Sebenarnya masih banyak jalan menuju cinta yang halal. Jadi janganlah memilih cinta yang haram. Miliki buku ini untuk mengetahui pelbagai panduan serta tips percintaan dan pertunangan




{[['']]}

Memahami Hukum Zihar Dan Ila' - Kesalahan Seksual Rumahtangga Yang Mengakibatkan Perceraian






Harga = RM18.00
Mukasurat = 204
Penulis = Juraish Kamaruddin Al-Muhami
Penerbit = Darul Minhaj Publisher
 
Setiap pasangan suami isteri patut mengetahui bahawa terdapat banyak perkataan yang tidak boleh disebut sesuka hati seperti lafaz ZIHAR dan ILA' kerana ia adalah HARAM dan boleh membawa padah kepada perkahwinan.

Zihar dan ila' banyak berkait rapat dengan perhubungan KELAMIN antara suami isteri. Terdapat banyak ungkapan atau perkataan berkaitan zihar dan ila' yang berunsur SEKSUAL dan jarang sekali diketahui hukumnya.

Buku ini cuba mendedahkan beberapa ungkapan dalam bahasa dan budaya MELAYU yang boleh mencetuskan hukum zihar dan ila'. Oleh itu, anda perlu mengetahui hukumnya sebelum terlanjur kata atau terus hidup bergelumang DOSA dalam alpa. - Penerbit

KANDUNGAN

BAB 1 - Pengertian Zihar Dan Hukumnya
BAB 2 - Memahami Skop Dan Konsep Zihar
BAB 3 - Rukun Dan Jenis Zihar
BAB 4 - Jenis Mahram Dan Anggota Zihar
BAB 5 - Penyamaan Dengan Perwatakan Mahram
BAB 6 - Penggabungan Zihar Dan Talaq
BAB 7 - Hukum Berangkit Daripada Zihar
BAB 8 - Zihar Menurut Undang-Undang
BAB 9 - Pengertian Ila' Dan Hukumnya
BAB 10 - Memahami Rukun-Rukun Ila'
BAB 11 - Mengenali Jenis-Jenis Ila'
BAB 12 - Hukum Berbangkit Daripada Ila'
BAB 13 - Tuntutan Berbangkit Daripada Ila'
BAB 14 - Ila' Menurut Undang-Undang
BAB 15 - Rumusan Dan Cadangan




{[['']]}

Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari











Harga: Sem. RM12.00 / Sbh & Srwk RM14.00
Penulis: Ustaz Zahazan Mohamed & Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid
Penerbit: Telaga Biru S/B


Buku DOA MENJADI PENGANTIN BARU SETIAP HARI ini mengimbau kembali keindahan suasana perhubungan suami isteri ketika usia muda agar setiap ketika hubungan anda dengan suami / isteri bagaikan pengantin yang baru diijabkabulkan.


Antara doa-doa yang dimaksudkan ialah mohon keteguhan iman, menanam kasih sayang suami isteri, mohon keselamatan, mohon agar mendapat zuriat yang soleh, diberi kesabaran dan kekuatan, dilindungkan tempat kediaman, mengelak daripada jiran yang jahat, menenangkan diri dalam keadaan panas baran, marah dan musibah, berlindung daripada gangguan syaitan, berdoa untuk kesejahteraan anak-anak, mengelak kecurangan suami atau isteri, mohon murah rezeki dan mengelakkan bebanan hutang, mengelakkan kehinaan serta bala bencana dan bagaimana menangani stres. 
 
Bagi setiap doa diterangkan kaifiat, rahsia, cara amalan dan adab-adab yang berkaitan.
 
 
 


{[['']]}

Agar Haji Tidak Sia-Sia







Harga: RM22.00
Penulis: Misbah Em Majidy
Halaman: 406 ms
Penerbit: Kemilau Publika



Perbaruilah janjimu di hadapan Allah dengan mengakui segala keesaanNya. Dekatkan diri selalu kepada Allah ketika di Muzalifah.  Sembelihlah tengkuk hawa nafsu dan kerakusan ketika engkau menyembelih haiwan korban. Lemparkanlah syahwat, kerendahan,  kekejian, dan segala perbuatan tercela ketika melempar Jumrah  (Jamarat). Cukurlah aib-aib lahir (kotoran) dan batinmu (dosa) ketika  mencukur rambut.

Tinggalkan kebiasaanmu yang selalu menurut  kehendak (keinginan nafsu)mu, dan masuklah kepada perlindungan ke Masjidil Haram.  Berputarlah di sekitar Baitullah dengan sungguh-sungguh mengagungkan Pemiliknya dan menyedari Kebesaran dan Kekuasaan-Nya.

Beriltizamlah  kepada Allah dengan penuh keredaan atas setiap ketentuan Allah dan rendahkan diri engkau di hadapan KebesaranNya. Tinggalkanlah apa saja selain Allah dalam hatimu ketika engkau melaksanakan tawaf perpisahan. Sucikan batinmu untuk menemui Dia (Allah Azza wa Jalla) pada hari pertemuan dengan Dia, ketika kau berdiri di Safa. Tempatkan dirimu pada  pengawasan Allah dengan membersihkan seluruh perilakumu di Marwah.”

Maka, lakukanlah dengan niat yang betul lurus dan sempurna, agar hajimu tidak menjadi sia-sia.



{[['']]}

Tatacara Komprehensif Mengerjakan Haji Mabrur






Harga: RM14.00
Susunan : Haji Zainal Bin Haji Bujang
Halaman: 252
Penerbit: Al-Hidayah House of Publisher


{[['']]}

Contohi Kemesraan Rasulullah S.A.W Terhadap Para Isterinya










Harga: RM10.00
Penulis: Zainuddin Mustabaie
Halaman: 196 ms
Penerbit: Pustaka al-Shafa
 
 
Manusia diciptakan Allah SWT berpasang-pasangan untuk mengembangkan zuriat supaya beribadat kepada-Nya dan memakmurkan dunia ini. 
 
Justeru itu diterbitkan buku panduan membina kemesraan mengikut sunnah Rasullullah S.A.W.
Dengan adanya petunjuk berguna ini akan memberi manfaat yang optimum kepada setiap muslim dalam membina keluarga yang harmoni dan bahagia.
 
 
 
 
 
{[['']]}

Abu Bakar - Sahabat Sejati






 Harga: RM26.90 (Sem), RM29.90 (Sbh/Swk)
Muka Surat: 336 hlm.
Penulis: Abdul Latip Talib
Penerbit: PTS 


Abu Bakar as-Siddiq, sahabat sejati Nabi Muhammad yang dilantik menjadi khalifah Islam pertama selepas beliau wafat pada tahun 632 H. Jasa khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang paling besar adalah mengumpulkan semula ayat-ayat al-Quran.

Ini berlaku apabila ramai yang menghafal ayat-ayat suci itu terbunuh dalam peperangan. Kerana bimbang umat Islam kehilangan ayat-ayat suci itu maka Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyuruh Umar al-Khattab dan sahabat-sahabatnya mengumpulkan semua ayat-ayat al-Quran. Itulah kitab suci al-Quran yang dikenal hingga ke hari ini.

ABU BAKAR AS SIDDIQ WIRA ISLAM

Walaupun Khalifah Abu Bakar As Siddiq memerintah selama dua tahun tiga bulan sepuluh hari sahaja namun berjaya menundukkan mereka yang murtad, enggan membayar zakat dan yang mengaku menjadi nabi. Selepas berjaya mengatasi masalah dalaman maka beliau menumpukan perhatian pada kerajaan Rom dan Parsi yang sekian lama mengancam umat Islam.

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq mentadbir Negara Islam dengan membahagikannya kepada beberapa bahagian antaranya Mekah, Taif, Sana’a, Hadramaut, Halwan, Rima’, Hajran, Jash, dan Bahrain. Beliau melantik wakil-wakil pada setiap bahagian tertsebut. Mereka menjadi imam, pentadbir, menjalankan keadilan, menyelesaikan perselisihan, dan sebagainya.





{[['']]}

Umar al-Khattab - Reformis Dunia Islam







Harga: RM26.90 (Sem), RM29.90 (Sbh/Swk)
Muka Surat: 336 hlm.
Penulis: Abdul Latip Talib
Penerbit: PTS


Khalifah Umar al-Khattab berjaya mencipta sejarah keemasan negara Islam yang mendapat penghormatan dan sanjungan sepanjang zaman. Beliau manusia berbakat dan pintar menjadi lambang kejayaan bangsa Arab dan umat Islam.
Dalam masa 10 tahun 6 bulan beliau memerintah, seluruh empayar Rom dan Parsi tunduk di bawah kuasa pemerintahan Islam. Selain sebagai penakluk, Khalifah Umar al-Khattab juga berjaya menyusun pentadbiran yang berkesan dan teratur. Dia pengasas sistem politik Islam, pelaksana undang-undang syariah dalam negara dan berjaya membentuk sebuah negara Islam yang baru.

Di bidang keselamatan dalam negeri, beliau menubuhkan pasukan polis. Bagi mengukuhkan sistem pertahanan, beliau membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut.
Pahlawan yang berjaya menundukkan Parsi dan Rom ini turut mengasaskan bandar-bandar baru bagi mengembangkan kebudayaan Islam. Selain itu beliau juga memajukan bidang pertanian dan mengasaskan sistem pelajaran Islam.

Umar al-Khattab mahir dalam ilmu fikah dan seorang pemidato yang hebat. Beliau seorang ahli gusti dan penunggang kuda yang cekap. Walaupun berada di tampuk kekuasaan, pencetus zaman keemasan negara Islam ini hidup sederhana mencontohi Rasulullah.









{[['']]}
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger