Latest Movie :
Home » , , , » Mutiara Fiqh Imam Hanafi

Mutiara Fiqh Imam Hanafi

{[['']]}

Mutiara Fiqh Imam Hanafi
- Mohd Faez Bin Mohd Shah Al Hashimi

HARGA : RM 52.00
TERBITAN : Jahabersa
M/S : 300, Hardcover
Synopsis :

Sesiapa yang ingin memiliki ilmu seluas lautan dalam bidang fiqh, maka hendaklah dia mempelajarinya dari Abu Hanifah - Imam al Syafi'ie.

Imam Abu Hanifah seorang yang sangat faqih semasa di zamannya - Sufyan al Thauri dan Ibn al Mubarak.

Imam Abu Hanifah merupakan seorang ulama agung yang tersenarai di kalangan empat ulama muktabar, beliau juga turut menjadi pengasas kepada mazhab Hanafi.Beliau terkenal sebagai seorang ulama yang banyak melakukan ijtihad berasaskan metode al Ra’y disebabkan oleh sikap berhati-hati beliau dalam menerima nas-nas yang diragui kedudukannya. Mutiara Fiqh Imam Hanafi merupakan karya yang menghimpunkan fiqh mazhab Imam Abu Hanifah dan pandangan ulama-ulama al hanafiyyah dalam hukum-hukum fiqh Islam. Dalam siri ini, fiqh Imam Hanafi memfokuskan perbincangan mengenai hukum puasa dan itikaf. Justeru itu dalam mengemukakan pandangan fiqh Imam Hanafi dimuatkan bersama dalil dan hujah yang menjadi asas pegangan bagi setiap hukum yang diputuskan.

Penulis Mohd Faez Bin Mohd Shah Al Hashimi dilahirkan di Johor Bahru Johor pada tahun 1984. Berkelulusan Diploma Pengajian Islam dari Kolej UNITI pada tahun 2007 dan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Usul) dari Universiti Malaya pada tahun 2010. Kini beliau bergiat aktif dalam bidang penulisan ilmu-ilmu fiqh dan hukum-hukum Islam.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger