Latest Movie :
Home » , , » Amalan Meraih Ganjaran Pahala

Amalan Meraih Ganjaran Pahala

{[['']]}




Harga : RM 9.00 / RM 10.00
Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd
Penulis :Zulkarnain Dollah
Muka Surat : 200

Kehidupan seorang hamba di dunia merupakan perjalanan untuk membuktikan pengabdian kepada pencipta. Pengabdian ini perlulah dimanifestasikan melalui amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah.Amalan-amalan yang dilakukan secara konsisten akan melahirkan individu yang komited dengan Islam kerana dalam jiwa mereka dipenuhi kecintaan kepada Allah.Kemuncak dalam mempraktikkan amalan-amalan ini ialah meraih syurga yang disediakan kepada mereka yang benar-benar membuktikan keimanan mereka kepada Allah.

Buku ini memberi suntikan motivasi kepada pembaca untuk meraih ganjaran pahala untuk kebahagiaan akhirat dan dunia dengan menghimpunkan amalan-amalan utama yang membawa seseorang memasuki syurga.Amalan-amalan ini biasanya tidak diambil peduli oleh kebanyakan umat Islam. Dengan mengamalkan amalan yang terdapat dalam buku ini, insya-Allah kita akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah dan kita mampu menjadi insan beriman dan benar-benar bertaqwa kepada Allah yang selayaknya mendapat ganjaran syurga darinya pada hari akhirat yang sudah pasti.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger