{[['']]}
Harga : RM24.00
Muka Surat : 223
Penerbit : PTS Litera
Penulis : Abdul Latip Talib
Kisah
Perang Badar. Ini novel yang berkisah secara lengkap berkenaan Perang
Badar. Ia bermula daripada galau di Mekah yang akhirnya membawa
penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Di Madinah Nabi Muhammad SAW
menjadi ketua yang dihormati dan beliau membina Madinah menjadi
wilayah yang berdaulat
.
Konflik
bermula apabila Quraisy kafir di Mekah tidak mengiktiraf pemerintahan
Islam di Madinah. Mereka cuba menceroboh kawasan Madinah semasa kafilah
dagang mereka mahu berdagang ke Syam tanpa meminta izin daripada pihak
Madinah. Pihak Islam Madinah tidak berdiam diri. Mereka mengetatkan
kawalan di kawasan sempadan dan akhirnya perang pun tercetus.
Kisah
Perang Badar, perang pertama umat Islam. Bab-bab awal berkisah
berkenaan Kota Madinah yang permai dan damai di bawah pemerintahan Nabi
Muhammad SAW. Pada bab pertengahan konflik semakin berkembang dengan
ketegasan pihak Islam Madinah yang menyukarkan dan membuatkan pihak
Quraisy kafir di Mekah terasa sukar. Bab akhir adalah kemuncak
peperangan dan kemudiannya menceritakan berkenaan kesan perang ke atas
pihak Madinah dan Mekah.
Post a Comment