{[['']]}
Harga : RM19.00/ RM21.00
Penerbit : Galeri Ilmu
Penulis : Hisham AR
Muka Surat : 195
Sinopsis
Ramadan
terakhir mengajak pembaca menghayati Ramadandengan jiwa hamba yang
total. Berpuasa bukan hanya pada lapar dan dahaga tetapi berusaha
sedaya upaya merebut pelbagai ganjaran hebat yang hanya ditawarkan pada
bulan ramadan sahaja. Persediaan menghadapi Ramadan bermula sejak Rejab
lagi diikuti Syaaban yang merupakan bulan-bulan 'warming up' sebelum
menempuh Ramadan.
Seterusnya
Syawal untuk menuai hasil Ramadan. Setiap kali kita berjaya menjejak
masuk ke gerbang Ramadan, anggaplah ia sebagai Ramadan yang terakhir
kerana belum tentu usia kita sampai ke Ramadan yang akan datang. maka
sewajarnya Ramadan yang kita tempuh dimanfaatkan sepenuhnya. Sewajarnya
amal ibadah kita lebih baik dan cemerlang daripada tahun-tahun sudah.
Rejab, Syaaban, Ramadan dan Syawal merupakan bulan-bulan mega bagi umat
Islam yang mesti kita hargai dengan keimanan dan ketakwaan.
Cukuplah
kita bodoh dan diperbodohkan selama ini. Kita tidak mahu jadi bodoh
dan rugi selama-lamanya. Marilah kita jadi cerdik pada Ramadan kali ini
dan seterusnya. Bodohnya kita apabila berpuasa pada siang hari tapi
mampu menipu, mencuri, terlibat dengan rasuah, tidak menjaga aurat dan
mengumpat. Bodohlah kita jika seronok bersolat tarawih beramai-ramai
dimasjid dan surau, namun solat fardu masih kita tinggalkan. Pantang
kita tinggal solat tarawih tetapi kita tidak berpantang untuk
meninggalkan solat Subuh dan Zuhur.Alangkah bodohnya manusia dihadapan
Allah.
Post a Comment