{[['']]}
Harga: RM26.90 (Sem), RM29.90 (Sbh/Swk)
Muka Surat: 336 hlm.
Penulis: Abdul Latip Talib
Penerbit: PTS
Muka Surat: 336 hlm.
Penulis: Abdul Latip Talib
Penerbit: PTS
Khalifah Umar al-Khattab berjaya mencipta sejarah
keemasan negara Islam yang mendapat penghormatan dan sanjungan sepanjang
zaman. Beliau manusia berbakat dan pintar menjadi lambang kejayaan
bangsa Arab dan umat Islam.
Dalam
masa 10 tahun 6 bulan beliau memerintah, seluruh empayar Rom dan Parsi
tunduk di bawah kuasa pemerintahan Islam. Selain sebagai penakluk,
Khalifah Umar al-Khattab juga berjaya menyusun pentadbiran yang berkesan
dan teratur. Dia pengasas sistem politik Islam, pelaksana undang-undang
syariah dalam negara dan berjaya membentuk sebuah negara Islam yang
baru.
Di bidang keselamatan dalam negeri, beliau menubuhkan pasukan polis. Bagi mengukuhkan sistem pertahanan, beliau membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut.
Pahlawan
yang berjaya menundukkan Parsi dan Rom ini turut mengasaskan
bandar-bandar baru bagi mengembangkan kebudayaan Islam. Selain itu
beliau juga memajukan bidang pertanian dan mengasaskan sistem pelajaran
Islam.
Umar al-Khattab mahir dalam ilmu fikah dan seorang pemidato yang hebat. Beliau seorang ahli gusti dan penunggang kuda yang cekap. Walaupun berada di tampuk kekuasaan, pencetus zaman keemasan negara Islam ini hidup sederhana mencontohi Rasulullah.
Post a Comment