{[['']]}
Avant Garde Ridhuan Tee
MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH
HARGA : RM23.90
ISBN : 978-967-0392-20-2
TERBITAN : Must Read
SINOPSIS
MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH
HARGA : RM23.90
ISBN : 978-967-0392-20-2
TERBITAN : Must Read
SINOPSIS
Avant-GardeRidhuan Tee adalah coretan peribadi saya dalam menganalisis
isu-isu semasa dan keadaan persekitaran yang berlaku. Coretan yang
disiarkan oleh akhbar, majalah dan blog saya sendiri, mahu mengajak para
pembaca supaya menjadi masyarakat yang berfikir, sesuai dengan
kata-kata, berfikir seminit atau sejenak, lebih baik daripada sembahyang
sunat berpuluh-puluh rakaat. Ini bukanlah bermakna selepas ini kita
perlu sembahyang sunat dan hanya termenung memikirkan sesuatu. Apa yang
saya inginkan adalah kepentingan untuk melahirkan masyarakat yang
berfikiran kritis atau critical thinking. Kehidupan kita tidak akan
bermakna, jika hanya menjadi pembodek atau yes man. Pemikiran kritis
bukan sahaja dapat membantu orang lain, pada masa sama akan
menstimulasikan otak kita dan dapat membuka minda kita agar dapat
berfikir lebih jauh.
Coretan peribadi hanya mahu mengingatkan kita bahawa orang lain sudah lama meninggalkan kita. Patutkah kita sebagai umat Islam, terus berpeluk tubuh atau mendiamkan diri? Sudah tentu tidak. Sebagai umat Islam, kita tidak boleh menunggu bulan jatuh ke riba. Kitalah yang seharusnya pergi ke bulan dan menggapai bintang. Untuk itu, cara berfikir, sikap dan perangai mesti berubah. Jika tidak, umat Islam tidak akan ke mana-mana, malah akan terus berada di takuk lama. Ingatlah wahai umatku, selagi mana kita berada dalam kepompong yang selesa, malas berusaha tetapi mahu kaya, mudah diperalatkan, berpecah sesama sendiri, tidak mensyukuri nikmat Allah, dan sebagainya, maka akan tiba satu masa nanti, orang lain akan mengambil alih tempat kita. Di kala itulah, kita akan menjadi manusia menyesal seumur hidup. Justeru, bangunlah, marilah kita bersama-sama membela nasib agama, bangsa dan negara sendiri sebelum terlambat

Post a Comment