{[['']]}
Harga : RM 27.90
Penulis : Siti Nur DhuhaTebal : 752 m/s
ISBN : 978-967-0535-13-5
Terbitan : Buku Prima
Sinopsis
Kerana kecewa kekasih hati berkahwin dengan gadis lain, Zafia
mendaftar diri di Agensi Mencari Jodoh. Niat hatinya hanya satu, ingin
membalas dendam terhadap bekas kekasihnya, Shahril. Tanpa berfikir
panjang, Zafia terus menandatangani surat perjanjian tanpa berjumpa
terlebih dahulu dengan bakal suami.
Setelah berjumpa Aezwan, lelaki yang dikenali melalui Agensi Mencari Jodoh, Zafia mula berubah fikiran. Tidak mahu meneruskan perkahwinan. Namun Zafia tidak dapat mengelak dari berkahwin dengan Aezwan kerana telah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatanganinya.
Perkahwinan berlangsung juga. Zafia dan Aezwan terpaksa menjalani hidup berumah tangga. Tiada keserasian, membuatkan mereka berdua sering bergaduh. Suaminya terlalu berdisiplin, pagi-pagi lagi sudah bangun dan mengemas rumah. Sedangkan Zafia matahari terpacak di ubun-ubun, masih terbongkang tidur.
Bekas kekasihnya, Shahril mula mengganggu rumah tangga Zafia. Dia tidak serasi dengan pasangan hidupnya. Bila Aezwan dapat tahu, dia mula berasa cemburu kerana telah timbul bibit-bibit cinta dalam hatinya. Aezwan berjumpa Shahril tanpa pengetahuan Zafia. Berlaku satu insiden yang tidak diingini. Apakah insiden itu? Kekal ke rumah tangga Zafia atau dia balik semula pada Shahril? Bagaimana pula dengan Aezwan? Mana satu pilihan Zafia?
“Fia tak berzina, Fia sudah berkahwin, Aril!!!”
– ZAFIA
“Hari ini abang bahagia sangat sebab apa yang abang nak, abang dapat. Fia dah jadi milik abang.”
– AEZWAN
Post a Comment