{[['']]}
Harga: RM 31.50 / RM 34.50
Jumlah Muka Surat : 560
Jumlah Muka Surat : 560
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Penulis : Muhammad Alexander
Pada bulan
November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich
yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum
Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada
tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong
oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara
'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi
Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi
menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan
magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah
perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut
dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA
sendiri.
Muhammad
Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini
ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang
membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta
membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis
secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil
kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan
buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang
terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.
Penulis adalah pesyarah di
Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan
Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau
banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain
dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj &
Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah
Zulqarnain (2010).
Post a Comment