{[['']]}
Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 261
Penulis = Subky Abdul Latif
Penerbit = Kemilau Publika
FADZIL NOOR, dia guru, dia kawan; adalah
satu catitan ringkas, satu pandangan peribadi dan satu ingatan semula
mengenai Fadzil Noor sebagai kawan dan yang boleh dianggap guru. Buku
ini bukan satu sejarahnya, bukan biografinya, bukan ajaran dan
pemikirannya, tetapi adalah satu kumpulan pengalaman bagi mengenali
beliau secara umum sepintas lalu.
Biar
sejarahnya dirakam oleh para sejarawan, ajaran dan pemikirannya dikaji
dan dianalisis oleh para propagandis zaman dan orang-orang yang lebih
dekat dengannya. Moga–moga para pengkaji dan peminatnya dapat
memanfaatkan catatan ini sebagai persiapan awal untuk menghasilkan
rakaman khazanah peninggalannya yang lebih besar dan bernilai.
Paling
penting di sini ialah Ustaz Fadzil Noor mesti dikenali oleh orang-orang
yang hidup sezaman dengannya dan mereka yang tahu nama tetapi tidak
sempat mendekatinya serta belum dilahirkan semasa beliau pergi dulu.
Menerusi buku ini generasi terkemudian akan mengetahui kehadiran seorang
putera besar di dunia yang bernama Fadzil Mohd. Noor.
Post a Comment