{[['']]}
Harga = RM12.00
Mukasurat = 115
Penulis = Roslan Hamid
Penerbit = Kemilau Publika
Penulis = Roslan Hamid
Penerbit = Kemilau Publika
“Labbaikallahumma Labbaik, Labbaikala Syarika Laka Labbaik, Innal Hamda Wan Nikmata Laka Wal Mulk, La Syarika Laka.”
Panggilan ke Tanah Suci begitu menusuk hati. Hanya mereka yang sudah
pergi dapat merasakan kenikmatannya. Demikian juga gamitan dan kerinduan
untuk datang lagi. Tidak hairanlah ada yang berpeluang mengunjungi
tempat mulia ini berulang kali.
Perjalanan ke Tanah Suci meruntun perasaan. Sungguh syahdu. Mereka
yang terpilih menjadi tetamu istimewa undangan Allah merasakan diri
mereka sentiasa berada di bawah lindungan Allah. Sejak bertolak dari
rumah, seterusnya menaiki kenderaan ke lapangan terbang, ketika dalam
penerbangan, berada di Makkah dan Madinah sehinggalah kembali semula ke
rumah dan kampung halaman.
Bagi penulis, pengalaman dan catatan perjalanan ini perlu dibukukan.
Setiap yang berlaku dirakam dalam memori dan mahu dikongsikan kerana ia
begitu signifikan untuk dikenang.
Post a Comment