{[['']]}
Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 374
Penulis = Zainudin Hashim
Penerbit = Kemilau Publika
Mukasurat = 374
Penulis = Zainudin Hashim
Penerbit = Kemilau Publika
Prof.
Dr. Mohammed Morsi adalah salah seorang hamba Allah SWT yang
dikehendaki-Nya untuk menjadi khalifah (pemimpin) di bumi Kinanah
(Mesir). Beliau berusaha untuk menghadirkan kembali etika dan ciri-ciri
kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. yang dirindui oleh penduduk negeri
Kinanah (Mesir) bahkan seluruh umat Islam di zaman milenium ini. Beliau
diharapkan oleh kaum Muslimin untuk menzahirkan firman Allah SWT yang
berbunyi, “Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin
yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar dan
mereka meyakini ayat-ayat Kami.” [ Surah as-Sajadah : 24]
Lahir
di Kampung Al-Adawah daerah Asy-Syarqiyah, sebuah wilayah pertanian di
bahagian Timur Mesir dengan pelbagai amalan agama yang menjadi tradisi
secara turun- temurun, menjadikan Mohammed Morsi tumbuh kembang dalam
tradisi dan warna agama yang bersinar dalam dirinya sejak kecil lagi.
Meskipun beliau hidup dalam kesederhanaan kerana bapanya hanyalah
seorang petani dan ibunya seorang suri rumah tangga, semua itu tidak
menjadi halangan bagi beliau untuk mencapai cita-cita besarnya iaitu
menjadi manusia yang berguna kepada negara dan agamanya.
Seperti kebiasan anak-anak Mesir yang lain, sejak kecil, Mohammed Morsi dibawa ibu bapanya ke Kuttab
(surau kampung) untuk menghafal ayat-ayat al-Quran yang disemak oleh
seorang syeikh. Kebiasaan itu diteruskan sehingga beliau dapat menghafal
30 juzuk. Pada masa yang sama, beliau juga belajar pendidikan formal.
Mohammed Morsi membesar secara kebiasaan, bersifat seperti masyarakat
desa yang jujur, taat beribadat, sangat menjiwai nilai-nilai agama Islam
yang menjadi semangat hidup dan kehidupan keluarganya serta masyarakat
desa Mesir pada umumnya.
Dalam dirinya terdapat sikap beragama yang tegak lurus di atas nilai-nilai keseimbangan
di antara ucapan dan tindakan. Beliau juga mempunyai amalan zikir yang
bersamaan dengan fikir serta menerapkan syariat yang senafas dengan
semangatnya. Mohammed Morsi sejak kecil mencontohi Hasan al-Banna iaitu
seorang yang istiqamah menjalankan syariat Allah SWT serta pada masa
yang sama beliau adalah pembela agama yang teguh. Dua sifatnya iaitu
pengamal syariat yang konsisten dan pembela agama yang utuh telah
membentuk sifat Mohammed Morsi menjadi seorang yang bijak, tegas membela
mereka yang dipinggirkan dan membela kaum Mustadafin (lemah dan dilemahkan). Pada masa yang sama, beliau sangat taat beribadat kepada Allah SWT.
Buku ini mengulas perihal keperibadian Mohammed Morsi juga sinar Khilafah Islam yang akan kembali gemilang.
Post a Comment